Posts

Showing posts from August, 2014

Jalan-Jalan di Batu Pahat

Image
Assalamualaikum w.b.t., 16-17 Ogos 2014. Dah bersawang blog ni. Sukar untuk mencari masa buat masa ini menjengok dan "update" maklumat di sini. Jadi sempena ada ruang masa lepak-lepak jalan-jalan kat Batu Pahat ni sambil urusan peri-rasmi ini sedikit maklumat makan-makan di "update" kat sini. Rating berdasarkan selera kami. Lain orang, lain pandangannya. Rujukan dari beberapa blog lain, antara menu istimewa kat sini adalah: 1) Nasi Beriyani 2) Asam Pedas 3) Mee bandung / Mee racun 4) Roti arab 5) Kacang Pol 6) Cendol Akbar Okey, misi makan pagi tadi bermula mencari Kopitiam Chop Tong Ah (halal) dengan niat nak makan roti bakar, telur masak 3/4 dan lain-lain yang dikatakan luar biasa sedapnya lebib-lebih lagi "Teh Tarik". Setelah berpusing-pusing dengan tuju arah yang diberikan oleh blog-blog terdahulu, misi gagal. Gulp! perut lapar dan "end-up" berenti layan nasi lemak bungkus dan karipap tidak jauh dari pasar cina untuk melapik pe