FBMKLCI Melonjak Dua Hari Berturut-turut

Assalamualaikum w.b.t.,

Indeks komposit (FBMKLCI) hari ini telah melonjak ke paras 1324.22 mata setelah menokok 24.44 mata dan 15+ mata jumaat lepas. Peningkatan ini sejajar dengan pekembangan positif pasaran Wall Street dan Shanghai. Lonjakan pasaran tempatan  ini didominasi oleh kaunter-kaunter kewangan (tidak patuh syariah) berasaskan riba dan judi. Dijangkakan "2nd Liner" dan "3rd Liner" akan membuat rally setelah kaunter-kaunter utama FBM30 "1st Liner"  memperlahankan pecutan mereka. Dengan perkembangan positif ini sudah pasti ramai yang mula membelek dan membidik saham-saham atau unit amanah mereka atau mula memasuki pasaran saham.

Sayugia diingatkan, berhati-hati bila melabur. Pasaran boleh berubah sekelip mata. Seboleh-bolehnya elakkan kaunter-kaunter spekulasi atau syarikat yang rekod kewangannya yang sangat buruk serta perniagaan yang tidak menguntungkan. Begitu juga bagi mereka-mereka yang melabur dengan unit amanah (unit trust), ini adalah antara masa-masa yang sesuai untuk menilai perkembangan "unit trust" anda atau peluang untuk mengambil untung. Dinasihatkan, dapatkan pandangan agen unit amanah anda dan buatlah sasaran mengikut matlamat pelaburan anda.

Dalam keadaan mod "bull" carilah saham-saham yang masih rendah harganya berbanding nilai sebenarnya. Elakkan membeli saham-saham yang ditawarkan pada harga yang tinggi berbanding nilainya. Melabur dengan sabar dan jangan ikutkan hati, terburu-buru serta tamak seperti pepatah melayu ada berkata, "Umpama Anjing Dengan Bayang-bayang".

Antara kaunter-kaunter yang agak mendapat perhatian pelabur adalah CSCSteel, Coastal, Titan, Luxchem, KFIMA, Fimacorp, Favco, E&O, LHH, Pantech, Tenaga dan sebagainya. Buatlah analisa sendiri, nilailah kadar risiko yang anda mampu tanggung.dan adakah boleh memegang saham untuk tempoh yang lama sekiranya berlaku balikan pasaran. Risiko pelaburan adalah tanggunjawab sendiri.

"When Market Up Time To Evaluate and Sell, When Market Down Time to Analise and Buy".

Melabur-melabur juga, patuh syariah perlu diingatkan juga.

Wassalam.

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi semata-mata. Sila nilaikan  dan risiko pelaburan adalah tanggungjawab serta risiko pelabur itu sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab di atas segala  kerugian atau kesan yang dihadapi akibat dari tulisan diblog ini.

Comments

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)

Repair Master Boot Record (MBR) ACER MS Vista OS and Data Recovery