Assalamualaikum w.b.t.,

Hidup di dunia yang sementara ini banyak mengabui mata kita tentang matlamat kehidupan yang sebenarnya. Kita semakin terdesak dengan himpitan kehidupan dan berlumba-lumba untuk mencari kehidupan yang lazimnya lebih menampakkan keduniaa semata-mata.
Apakah ada di antara pelaburan yang semakin hari semakin kurang diberikan tumpuan? Namun, apakah kita menidakkan keperluan yang perlu kita sediakan di dunia bagi persediaan akhirat? Bagaimanakah pula pelaburan di dunia yang wajar dilakukan untuk persediaan akhirat kita? Wajar rasanya kita sama-sama bincangkan dan jadikan maklumat bersama ini sebagai panduan kita merentasi dunia untuk menempah tempat yang selesa di akhirat kelak, insyaallah.

Pandangan serta komen rakan-taulan, pak-pak ustaz, profesionalis, akauntan, hartawan, dermawan, pak/mak wan dan sebagainya boleh dikongsi untuk dijadikan panduan disamping memperkuatkan ukhwah sesama kita. Sila diemailkan pandangan anda ke mryteratak@gmail.com.


Wassalam.
5/11/2009
------------
Pemberitahuan: Semua maklumat di blog ini adalah pandangan peribadi melainkan dinyatakan sebaliknya. Sila rujuk kepada institusi atau badan yang berkaitan untuk maklumat lebih lanjut. Sebarang rujukan dari blog ini adalah risiko sendiri.Pengarang tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul disebabkan oleh bahan diblog ini.

Wednesday, May 8, 2013

What did PRU13 result means to Me?

Assalamualaikum w.b.t.,

Walaupun dikatakan PRU13 tercalar-balar dengan penipuan dan keputusan yang dimanipulasi, ianya masih berlaku dan terus berlaku kenapa?

Kita renungi dalam perspektif ekonomi dimana manifesto PR lebih dominan dari BN yang dijanjikan boleh dilakukan dengan menyekat ketirisan pengurusan kewangan berlaku dalam pemerintahan BN, namun agak pelik wal ajaib seolah-olah kebanyakkan rakyat tidak nampak janji manifesto itu. Kalau semua rakyat CELIK dan CERDIK serta CERDAS mindanya pasti undi kepada PR akan meningkat berganda-ganda dan sokongan hantu serta alien tidak memberi kesan.




Apa kesan kepada saya selepas PRU 13. Semua  siri kenaikan yang tertangguh seperti mana dinyatakan dalam pos sebelum ini akan dilaksanakan yang menyebabkan kehidupan seharian saya akan lebih terhimpit.

Jadi apa pula kesan kepada Tuan/Puan????

Wallah hu 'alam.