Assalamualaikum w.b.t.,

Hidup di dunia yang sementara ini banyak mengabui mata kita tentang matlamat kehidupan yang sebenarnya. Kita semakin terdesak dengan himpitan kehidupan dan berlumba-lumba untuk mencari kehidupan yang lazimnya lebih menampakkan keduniaa semata-mata.
Apakah ada di antara pelaburan yang semakin hari semakin kurang diberikan tumpuan? Namun, apakah kita menidakkan keperluan yang perlu kita sediakan di dunia bagi persediaan akhirat? Bagaimanakah pula pelaburan di dunia yang wajar dilakukan untuk persediaan akhirat kita? Wajar rasanya kita sama-sama bincangkan dan jadikan maklumat bersama ini sebagai panduan kita merentasi dunia untuk menempah tempat yang selesa di akhirat kelak, insyaallah.

Pandangan serta komen rakan-taulan, pak-pak ustaz, profesionalis, akauntan, hartawan, dermawan, pak/mak wan dan sebagainya boleh dikongsi untuk dijadikan panduan disamping memperkuatkan ukhwah sesama kita. Sila diemailkan pandangan anda ke mryteratak@gmail.com.


Wassalam.
5/11/2009
------------
Pemberitahuan: Semua maklumat di blog ini adalah pandangan peribadi melainkan dinyatakan sebaliknya. Sila rujuk kepada institusi atau badan yang berkaitan untuk maklumat lebih lanjut. Sebarang rujukan dari blog ini adalah risiko sendiri.Pengarang tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul disebabkan oleh bahan diblog ini.

Saturday, July 30, 2011

LINK5: Jom Heboh! Wakaf dan Jariah... Jom! Tambah Akaun Pelaburan Akhirat

Assalamualaikum w.b.t.,

Senarai untuk kita semua menambah pelaburan. Mampu seringgit sadakah seringgit, berduit juta-juta... nah sedekah juta-juta @ RM24juta lagilah dialu-alukan... moga yang sedikit mendapat manafaat, yang banyak Insyaallah semoga lebih besar manafaat dengan syarat IKHLAS kerana ALLAH S.W.T.  seperti mana diajarkan oleh NABI MUHAMMAD S.A.W. Setiap kali kita berbelanja untuk berbuka puasa atau berbuka puasa, ingatlah kepada yang memerlukan. Elakkan pembaziran, sesungguhnya belian membazir itu adalah hak bagi mereka yang memerlukan. 

"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak", (Al-Hadid: 18)


Jom heboh-hebohkan.... KEMPEN JOM HEBOH!

1) http://rph-wadah.blogspot.com/

Tabung Derma RPH 

2) Projek Muqaddam Untuk Kemboja Ramadhan 1432H

http://4.bp.blogspot.com/-He0BrXmgR_k/TjCfHcPsIoI/AAAAAAAABNU/XW9QDTZMXqM/s1600/264794_1878385084170_1377551114_1728600_1659482_n.jpg
3) Rayuan Ramadhan 1432H Global Peace Malaysia (GPM)

————————————————————————————————————————————————
RAYUAN RAMADHAN 1432H (terkini)


Banner Ramadhan

GPM kini mempelawa sumbangan orang ramai untuk meringankan beban umat Islam di negara sasaran dalam menempuh Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Berikut adalah sasaran negara yang akan disalurkan bantuan berupa sumbangan berbuka puasa (iftar) dan gaji guru mengikut madrasah dan rumah anak yatim yang berkenaan.

NEGARABERBUKA PUASA (SATU MADRASAH)GAJI GURU (SEORANG)
Afghanistan – 100 madrasah & 40 orang guruRM 2,000.00RM 500.00
Kemboja – 100 madrasah & 40 guruRM 2,000.00RM 500.00
Kenya – 100 madrasah & 40 guruRM 2,000.00RM 500.00
Selatan Filipina – 100 madrasah & 40 guruRM 2,000.00RM 500.00
Selatan Thailand – 100 rumah anak yatim & 40 guruRM 2,000.00RM 500.00


 Sila muat turun brosur untuk maklumat lengkap dan borang. Selain itu, para penyumbang juga boleh menyalurkan sumbangan secara online sebagai alternatif. Sila klik pada ikon berkenaan:

Muat turun brosurSumbangan Online







GLOBAL PEACE MISSION
2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +60 3 6188 3230
Fax: +60 3 6188 3233
Email: gpmhq@yahoo.com
Website: www.gpm.com.my

Wallah hu 'alam.

Thursday, July 28, 2011

LINK4: Jom Heboh! Wakaf dan Jariah... Jom! Tambah Akaun Pelaburan Akhirat


LINK3: Jom Heboh! Wakaf dan Jariah... Jom! Tambah Akaun Pelaburan Akhirat






PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR (Lelaki)
Madrasah Muhammadiah
Pondok Sungai Durian
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim

e-mail: mmpsd@yahoo.com
website: www.pondoksgdurian.com


مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:261)

The likeness of those who spend their wealth in Allah's way is as the likeness of a grain growing seven ears with a hundred grains in every ear; and Allah multiplies for whom He pleases; and Allah is All-Embracing, All-Knowing.

“ Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaat dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” (riwayat Muslim).

Monday, July 25, 2011

Tips Kedua ! Pelaburan yang sangat bernilai untuk kita nilai demi masa hadapan...

TIPS KEDUA! SADAKAH dan WAKAF

Link... Tips Pertama! Menjaga Solat Fardhu dan Menambah Solat Sunat.. Jauhi Pertubuhan Haram Yang Melalaikan Solat..

Assalamualaikum w.b.t.,

Ramadhan bakal menjengah lagi. Ahlan Wa Sahlah, Ya Ramadhan!

Nah! Pelbagai perspektif menyambut Ramadhan. Yang menarik sekali dibicarakan di Radio IKIM adalah perbincangan persediaan menyambut raya mana lebih baik, sebelum ramadhan atau dalam bulan ramadhan...? Emmm.... inilah  salah satu dari pelbagai tanggapan dan matlamat pelbagai peringkat masyarakat dengan kehadiran ramadhan iaitu persediaan menyambut aidil fitri atau lebih mudah sambut raya lah....

Kenapa jadi begini? Sudah menjadi resmi manusia,  perkara menghiburkan itu lebih menarik perhatian berbanding janji ganjaran Allah s.w.t yang lebih besar yang dijanjikan dalam bulan ramadhan.

Promosi sambut raya sana sini lebih meriah berbanding promosi mengimarah malam-malam ramadhan. Oleh itu apakah pelaburan ramadhan yang sangat besar manfaatnya disamping perbanyakkan solat sunat di bulan ramadhan.

TIPS Kedua: Perbanyakkan sadakah jariah dan wakaf!

” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara
yang lain iaitu (1) masa muda mu sebelum tua mu, (2) masa sihat mu sebelum sakit mu, (3) masa kaya mu sebelum miskin mu, (4) masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5) masa hidup mu sebelum mati mu”
riwayat Muslim.


i) Memberi makan orang berbuka puasa:

Sabda Rasulullah (SAW); "Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun..." (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Sumbangan Jariah Ramadhan Link-1.

http://1.bp.blogspot.com/_tK0zLHQlrw0/TGS16-uzVDI/AAAAAAAAEI8/Xbj4s0BaR_I/s320/sedekah22.jpg

ii) Sedakah yang diutamakan adalah dalam bulan Ramadhan

at-Tirmidzi meriwayatkan:
“Rasulullah pernah ditanya, ‘Sedekah apakah yang paling utama?’ Beliau menjawab, ‘Seutama-utamanya sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan’.”

Surah Al-An’am ayat 160 yang membawa maksud, “Barangsiapa yang membawa amalan yang baik maka baginya (pahala) sepulu kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak akan diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatan yang dilakukannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).”

Pelaburan yang tidak merugikan.... umpama sadakah RM 1, mendapat kembali ganjaran RM10.00, adakah anda mahu menyertainya???? JOM REBUT GANDAAN LAGI DALAM BULAN RAMADHAN... Berapa gandaan??? Wallah hu 'alam...


iii) Jika sukar dengan dua perkara di atas, bersadakahlah dengan tenaga sebagai contoh membersih masjid, membantu membersih penggang mangkuk selepas majlis berbuka puasa atau moreh atau sebagainya yang termampu dilaksanakan. Allah s.w.t., mengetahui kemampuan kita, sesungguhnya harta dan dan apa yang kita ada adalah pinjaman sementara dan menjadi ujian bagi kita.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.” H.R. Ahmad

” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara
yang lain iaitu (1) masa muda mu sebelum tua mu, (2) masa sihat mu sebelum sakit mu, (3) masa kaya mu sebelum miskin mu, (4) masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5) masa hidup mu sebelum mati mu”
riwayat Muslim.

Akhir kalam, Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan Penuh Barakah. Sama-sama kita berkempen untuk beribadah dan membersih diri dengan memohon keampunan dari dosa-dosa lalu yang tidak terzahir dan yang terzahir.  

Saturday, July 23, 2011

Link 1: Program Sadakah Ramadhan! Sponsor Berbuka Puasa..

 Sabda Rasulullah (SAW); "Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun..." (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

 http://red-ads.harakah.net.my/banner/1311069602Artwork-Banner.gif

Saturday, July 16, 2011

Do you believe there is a ring of RM73mil @ US24.4mil??? EXIST???

Assalamualaikum w.b.t.,

I'm still wondering how much is RM73mil value until now. Is the below ring value RM73mil? I'm still can't imagine the worth of the ring. I think this ring good for "THE LORD OF THE RING" only.

What can I do with RM73mil as a middle class income worker? Sponsorship of my children in local university for undergraduate study RM10k/year (3 year study) for 2433 people. Or might be I can invest into solar-electric of 5MW for my home.... errr, its to big for my consumption... better I share electricity with my neighbour of 1000 houses. Do this ring really exist??

The ring
'Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring'



Monday, July 11, 2011

Chinese Drama Series: ALL MEN ARE BROTHERS... what can we learn from this story morally!

Assalamualaikum w.b.t.,


Anyone did watch this chinese drama series showed by NTV8? Usuallay I'm not watching TV. But this story grab my attention. Since its showing time while Isyak praying, I just watched it in youtube instead. Solat berjemaah at surau should still our priority. Just search the story name in youtube and you can watch at your own comfort. This story is all about justice and the motto on the flag "JUSTICE FOR ALL".  The story about corrupted "bendahara" and gang, the king and the fighters for justice. I don't understand how this type of drama was being approved by FINAS / Malaysian Ruler Party. You will understand what I mean once you watch this drama. Take +ve moral here and put aside  the -ve behind.



Genre:
Action Asian Chinese Drama

Synopsis
All Men Are Brothers also known as Water Margin tells the story of why and how 108 heroes (105 men, 3 women) gathered at the Liang Mountain and soon became outlaw armies to fight against pompous and heartless tyrants. It is a drama of martial arts, political corruption, murder, hatred and love. Led by director Kuk Kok Leung, the epic series boasts an equally epic all-star cast.

August Biggg! Celebration Event... Once A Year, While Living...

Assalamualaikum w.b.t.,

Someone forward to me about this coming August investment. Lets prepare ourself for this "SURE HEBOH" stock exchange that only come once a year while we still live. Thanks friends for this the best call for this celebration.

Saturday, July 9, 2011

Tips pertama! Pelaburan yang sangat bernilai untuk kita nilai demi masa hadapan...

I'm yellow today... tribute... for CLEAN.... CLEANING DAY!... Ya! Allah s.w.t., please bless us Malaysian Citizien looking for justice and keep our IMAN in our deepest heart!


Assalamualaikum w.b.t.,


Alangkah beruntungnya jika pelaburan dan simpanan kita dinilai sangat berharga pada suatu masa nanti dan ianya bebas inflasi, nilai RM10 pada masa hadapan 10 kali lebih tinggi mungkin RM100.00 atau lebih tinggi lagi harganya... Apakah pelaburan atau dana simpanan dalam klasifikasi ini...


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amalam pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)


Bagaimanakah solat kita? Cukupkah pelaburan solat kita? Berapa nilai solat kita? Bagaimana  pula inflasi solat kita? Berapa banyak pula hutang solat kita? Dan sudahkah kita solat, sepanjang hidup kita?


Jom kita muhasabah diri dan perbanyakkan solat-solat sunat untuk menambah pelaburan solat wajib kita. Semoga urusan dunia ini dan solat ini menjadi salah satu platform pelaburan untuk menyediakan hidup yang lebih baik di alam barzakh dan akhirat kelak.


Pelaburan pertama yang terpenting untuk masa hadapan kita adalah solat. Jangan Lupa.!!..


Wallah hu 'alam.