Posts

Showing posts from August, 2011

Mencari Redha Allah s.w.t. vs Redha Manusia

Image
Assalamualaikum w.b.t., Bersangka baiklah dengan ALLAH s.w.t., teruskan usaha dan berdoalah. .. kita tidak ditanya apa hasil yang diperolehi tetapi apa yang telah dilakukan.. Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu. Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan. Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.. Jadi carilah keredhaan ALLAH s.w.t.,  Dari riwayat   atTirmizi. Iaitu ketika Mu'awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda, Aisyah dan lalu 'Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda seperti hadith di bawah.   قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكل

Kadar Pinjaman Kenderaan / Hire Purchase Rate & MPV mana yang berbaloi untuk dimiliki

Image
Assalamualaikum w.b.t., Kenderaan bermotor MPV (Multi Purpose Van) kian mendapat perhatian bagi mereka yang berkeluarga. Ada yang terpaksa membeli kereta ketiga terutamanya MPV untuk kegunaan aktiviti berkeluarga seperti balik kampung raya atau lain-lain urusan sebagai kenderaan keluarga terutamanya bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. MPV manakah yang ekonomi untuk dimiliki? MPV boleh diklasifikasikan dalam dua peringkat di mana berharga sederhana dan mewah. MPV mewah bolehlah kita kelaskan berharga RM110,000 ke atas manakala sederhana di bawah paras berkenaan. Apakah berbaloi untuk memiliki MPV sebagai kereta ketiga/kedua atau menggantikan MPV sebagai kereta utama? Kos petrol sudah meningkat dan pastinya akan meningkat lagi di masa hadapan, ini boleh diperhatikan sekarang ini walaupun harga minyak mentah di pasaran dunia menurun, namun harga petrol di Malaysia masih belum diturunkan lagi. Begitu juga kos tambang pengangkutan juga meningkat sebagai perbandinganny

TIPS KETIGA: Jom Heboh! Baca al-Quran ... Jom! Gandakan Akaun Pelaburan Akhirat.. Tawaran Khas RAMADHAN...

Image
Assalamualaikum w.b.t., Moga kita masih belum kelewatan untuk menggandakan amalan dalam bulan Ramadhan yang masih tinggal separuh lagi untuk kita mendulang pahala berganda yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. yang bertakwa dan beriman. Jika kita tidak merebut peluang Ramadhan ini, adakah kita masih berpeluang untuk Ramadhan yang akan datang? Jangan bertangguh lagi, ajal-maut tidak akan lewat walau sesaat pun. Ambillah peluang yang terbentang luas di hadapan kita sekarang ini. Bagi mereka yang sedang memecut sebermula 1 Ramadhan, TAHNIAH! untuk anda.... bagi yang masih terconggak-conggak nak mengali pahala, jangan bertangguh lagi.... R UGI TAU KALAU TAK REBUT PELUANG DI DEPAN KITA SEKARANG .... Jom bangkit semua,  PESTA SEDANG HANGAT SKARANG NI.. .  Boleh jenguk surau dan masjid.... apa hiburan yang disajikan... Antara perkara lain yang wajar kita ambil peluang mendulang amalan adalah membaca al-Quran. Lagi bagus jika dengan TARTIL dan baca MAKSUDNYA

Isu Keharusan Pelaburan ASB/ASN???

Image
Assalamualaikum w.b.t., Isu pelaburan ASB/ASN saban tahun timbul pertikaian. Baru-baru ini timbul lagi dengan fatwa dari Pejabat Mufti Selangor mengharamkan (namun surat fatwa yang diberikan terhad kepada laman tertentu???). Namun disini diberikan senarai Majlis Fatwa yang memberikan maklum balas berkaitan perkara ini dan lain-lain info dari laman sesawang yang membicarakannya untuk renungan dan ambil lah tindakan berdasarkan kefahaman kita yang waras. Banyak ustaz/ulamak membincangkan perkara ini. 1) Dari Ilmu dan Ulamak http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/hukum-pinjaman-asb.html Persoalan kedua (Adakah pelaburan dalam ASB harus atau tidak mengikut hukum Syariat?); Para ulamak hari ini berbeza pandangan; jumhur (majoriti) ulamak mengharamkannya dan terdapat sebahagian ulamak mengharuskannya. Badan-Badan Fatwa di Malaysia juga tidak sepakat dalam masalah ini. Antara yang mengharamkannya ialah; 1. Majlis Fatwa Pulau Pinang 2. Majlis Fatwa Selangor Yang mengharuskannya pu

LINK6: Jom Heboh! Wakaf dan Jariah... Jom! Tambah Akaun Pelaburan Akhirat

Image
Assalamualaikum w.b.t., Di bawah adalah link untuk tambah pelaburan. Pelaburan ini dibuat di kemboja. Sebahagian dari kos untuk korban dan aqiqah disalurkan untuk pembangunan Islam dan majlis berbuka puasa di Kemboja. Jadi rebutlah peluang ini untuk membuat keuntungan berganda dalam bulan yang penuh barakah ini, Ramadhan al Mubarak. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang layak memberi balasan baik yang setimpal bagi mereka yang berjihad dijalan NYA. Untuk peringatan bersama. Hidup ini bukan untuk menerima tetapi untuk memberi.. Kita tidak ditanya apa yang kita dapat tetapi apa yang dilakukan untuk agama Allah s.w.t. Anjuran al-Ameen Serve. Wassalam.