Isu Keharusan Pelaburan ASB/ASN???
Assalamualaikum w.b.t.,
Isu pelaburan ASB/ASN saban tahun timbul pertikaian. Baru-baru ini timbul lagi dengan fatwa dari Pejabat Mufti Selangor mengharamkan (namun surat fatwa yang diberikan terhad kepada laman tertentu???). Namun disini diberikan senarai Majlis Fatwa yang memberikan maklum balas berkaitan perkara ini dan lain-lain info dari laman sesawang yang membicarakannya untuk renungan dan ambil lah tindakan berdasarkan kefahaman kita yang waras. Banyak ustaz/ulamak membincangkan perkara ini.
1) Dari Ilmu dan Ulamak http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/hukum-pinjaman-asb.html
Persoalan kedua (Adakah pelaburan dalam ASB harus atau tidak mengikut hukum Syariat?); Para ulamak hari ini berbeza pandangan; jumhur (majoriti) ulamak mengharamkannya dan terdapat sebahagian ulamak mengharuskannya. Badan-Badan Fatwa di Malaysia juga tidak sepakat dalam masalah ini. Antara yang mengharamkannya ialah;
1. Majlis Fatwa Pulau Pinang
2. Majlis Fatwa Selangor
Yang mengharuskannya pula;
1. Majlis Fatwa Kedah
2. Majlis Fatwa Trengganu
3. Majlis Fatwa Perak
4. Majlis Fatwa Serawak
5. Majlis Fatwa Kebangsaan
6. Jabatan Mufti Kelantan
Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat kali ke-80 (1 - 3 Februari 2008) telah memutuskan; "Hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus"
(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya).
Apabila telah ada fatwa yang mengharuskannya dari Badan Fatwa yang berautoriti, haruslah bagi orang awam untuk berpegang dengan fatwa tersebut selama mereka meyakininya. Bagi yang meyakini keharamannya -sama ada bersandar kepada kajian sendiri atau bersandar kepada fatwa yang mengharamkannya-, haramlah ia menceburi pelaburan tersebut, namun tidak harus ia mentohmah orang yang menceburinya sebagai orang yang berdosa atau melakukan munkar kerana ada fatwa lain mengharuskannya. Berkata Imam Ibnu Rajab; “Munkar yang wajib diingkari ialah yang telah diijmakkan oleh para ulamak atas munkarnya. Adapun perkara yang diikhtilafkan, tidak diingkari orang yang melakukannya sama ada dengan ijtihadnya atau dengan ia bertaklid kepada seorang mujtahid dengan taklid yang harus” (Taghyir an-Munkar, al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali, hlm. 63-64).
Namun jika tuan/puan meninggalkannya dengan niat mengelak dari syubhah (kerana masih diikhtilafkan halal atau haramnya di kalangan ulamak) atau dengan niat lari dari khilaf ulamak, itulah tindakan yang terbaik merujuk kepada hadis Nabi (bermaksud); "Sesiapa menjaga diri dari perkara-perkara syubhah, ia sesungguhnya mengambil sikap yang dapat membebaskan agama dan kehormatan dirinya" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari an-Nu'man bin Basyir). Para ulamak menegaskan; "Mengambil sikap untuk keluar dari khilaf adalah digalakkan".
2) Ini surat fatwa Selangor kepada laman islamituindah
Surat ini telah dikeluarkan dari laman Islam Itu Indah mungkin berkaitan perkara 3) di bawah.
3) Ini pula dari Pengerusi PNB?
ARKIB Utusan Malaysia : 14/06/2011
ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.
"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.
"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.
Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.
Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.
"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.
"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.
Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan
KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.
"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.
"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.
Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.
Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.
"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.
"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.
Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.
Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.
Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.
"Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu," kata jurucakap jabatan tersebut.
Wallah hu 'alam.
Comments
Post a Comment