Assalamualaikum w.b.t.,

Hidup di dunia yang sementara ini banyak mengabui mata kita tentang matlamat kehidupan yang sebenarnya. Kita semakin terdesak dengan himpitan kehidupan dan berlumba-lumba untuk mencari kehidupan yang lazimnya lebih menampakkan keduniaa semata-mata.
Apakah ada di antara pelaburan yang semakin hari semakin kurang diberikan tumpuan? Namun, apakah kita menidakkan keperluan yang perlu kita sediakan di dunia bagi persediaan akhirat? Bagaimanakah pula pelaburan di dunia yang wajar dilakukan untuk persediaan akhirat kita? Wajar rasanya kita sama-sama bincangkan dan jadikan maklumat bersama ini sebagai panduan kita merentasi dunia untuk menempah tempat yang selesa di akhirat kelak, insyaallah.

Pandangan serta komen rakan-taulan, pak-pak ustaz, profesionalis, akauntan, hartawan, dermawan, pak/mak wan dan sebagainya boleh dikongsi untuk dijadikan panduan disamping memperkuatkan ukhwah sesama kita. Sila diemailkan pandangan anda ke mryteratak@gmail.com.


Wassalam.
5/11/2009
------------
Pemberitahuan: Semua maklumat di blog ini adalah pandangan peribadi melainkan dinyatakan sebaliknya. Sila rujuk kepada institusi atau badan yang berkaitan untuk maklumat lebih lanjut. Sebarang rujukan dari blog ini adalah risiko sendiri.Pengarang tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul disebabkan oleh bahan diblog ini.

Tuesday, August 23, 2011

Mencari Redha Allah s.w.t. vs Redha Manusia

Assalamualaikum w.b.t.,





Bersangka baiklah dengan ALLAH s.w.t., teruskan usaha dan berdoalah... kita tidak ditanya apa hasil yang diperolehi tetapi apa yang telah dilakukan..

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..


Jadi carilah keredhaan ALLAH s.w.t., 

Dari riwayat   atTirmizi. Iaitu ketika Mu'awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda, Aisyah dan lalu 'Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda seperti hadith di bawah.

 قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي

 “Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redhaNYA Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”

 Apakah yang diredhai oleh Allah s.w.t.??

Belajar al-Quran dan mengajarnya...

Sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya ( kepada orang lain )
( HR Al-Bukhari )

Sabda Rasulullah SAW:
" Orang yang mahir Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit(susah)dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan).
( Riwayat Muslim )

Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Dzar:
"Wahai Abu Dzar!Jika kamu pergi ke suatu pagi untuk belajar satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seratus rakaat dan jika kamu belajar satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat beramal dengannya ataupun tidak adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seribu rakaat"
( Riwayat Ibnu Majjah)

Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah:
"Wahai Abu Hurairah!Belajarlah Al Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan berkekalan atas yang demikian itu sehingga datang kepadamu kematian.Sesungguhnya jika datang kepadamu kematian padahal engkau berada dalam keadaan demikian maka malaikat akan menziarahi kuburmu sepertimana orang-orang yang beriman akan menziarahi Baitullah al-Haram".
( Riwayat al-Dailami)
Menuntut ilmu bermanfaat suatu tuntutan....

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
            “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.  (Az-Zumar:9)

Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

Firman-Nya lagi maksudnya:
            “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.   (Al-Faatir:28)

"Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan Jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati (tetapi) tidak mengerti dengannya, dan bagi mereka ada mata (tetapi) tidak melihat dengannya, dan bgai mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (Al-‘Alaq:179)



 Kenapa kita bersangka buruk dengan Allah s.w.t.,


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216


Banyaknya alasan....

renungkan firman Allah bermaksud:
“Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang) kafir, penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “ Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab: “ Benar ada”, sesungguhnya sudah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami
katakan: Allah tidak menurunkan sesuatu pun: Kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar”
Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala.” – (Surah al-Mulk, ayat 8-10)


Jadi apa bertangguh lagi? Beribu alasan boleh diberi untuk tidak melaksanakan kebaikan... Cuba berikan hanya satu alasan untuk berusaha melakukan kebaikan.... Sentiasa maju kehadapan dan jauhi dari lalai dalam kehidupan sebagai seorang mukmin/ah....

Wallah hu 'alam.

1 comment:

  1. I'm extremely impressed along with your writing talents and also with the format in your blog. Is this a paid subject or did you modify it yourself? Anyway stay up the nice high quality writing, it's rare to look a great weblog like this one nowadays.
    .

    Here is my web site: travel and tourism agencies

    ReplyDelete