Kadar Pinjaman Kenderaan / Hire Purchase Rate & MPV mana yang berbaloi untuk dimiliki
Assalamualaikum w.b.t.,
Kenderaan bermotor MPV (Multi Purpose Van) kian mendapat perhatian bagi mereka yang berkeluarga. Ada yang terpaksa membeli kereta ketiga terutamanya MPV untuk kegunaan aktiviti berkeluarga seperti balik kampung raya atau lain-lain urusan sebagai kenderaan keluarga terutamanya bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.
MPV manakah yang ekonomi untuk dimiliki? MPV boleh diklasifikasikan dalam dua peringkat di mana berharga sederhana dan mewah. MPV mewah bolehlah kita kelaskan berharga RM110,000 ke atas manakala sederhana di bawah paras berkenaan.
Apakah berbaloi untuk memiliki MPV sebagai kereta ketiga/kedua atau menggantikan MPV sebagai kereta utama? Kos petrol sudah meningkat dan pastinya akan meningkat lagi di masa hadapan, ini boleh diperhatikan sekarang ini walaupun harga minyak mentah di pasaran dunia menurun, namun harga petrol di Malaysia masih belum diturunkan lagi. Begitu juga kos tambang pengangkutan juga meningkat sebagai perbandingannya tiket untuk ke Kota Bharu Kelantan sekarang ini sudah menjangkau RM50 bagi satu perjalanan.
MPV kelas menengah yang manakah sesuai, ekonomikal dan pakej yang menarik diberikan untuk keluarga yang berpendapatan sederhana di antara Proton Exora, Perodua Alza, Grand Livina, Chery Eastar, Naza Citra atau lain-lain?
Dalam pemerhatian saya semasa meneliti pinjaman dari bank bagi membeli kenderaan bermotor juga menunjukkan kadar yang berubah-ubah diberikan oleh bank. Dijangkakan kadar BLR bank akan dinaikkan lagi dan pastinya kadar pinjaman juga akan meningkat lagi.
Beberapa bank yang telah saya hubungi bagi mendapatkan pinjaman secara islamik atau konvensional (kadar tetap) menunjukkan kadar interest atau islamic finance rate pada kadar yang sama dimana diberikan seperti di bawah. Walaupun bank sama kadar diberikan juga tidak sama. Di bawah adalah untuk kadar yang minima diperolehi setelah "negotiation" dibuat.
Untuk pinjaman RM73,000.00 / 7 tahun / 9 tahun untuk kereta Chery Eastar
1) Maybank Kajang : 2.75%/9 tahun, 2.79%/7 tahun
2) Maybank Main KL: 2.65%/9 tahun, 2.69%/7 tahun
3) Public Bank: 2.75% / 9 dan 7 tahun
4) Ambank: 2.95% / 9 tahun dan 2.85% 7 tahun
5) RHBbank 3.1% / 7 tahun
6) Beberapa bank lain disekitar 2.9% sehingga 3.5%
Yang anehnya, bagi kereta tempatan Proton Exora kadar pinjaman adalah lebih tinggi disekitar 3.0%-3.5%. Apakah bank-bank tempatan tidak menyokong industri permotoran negara???
TIPS! kepada pembeli kenderaan: Kadar pinjaman boleh dirunding dengan bank. Ini bergantung kepada bank mana anda berurusan dan sebaik mana rekod kewangan sebelum ini. Jika anda tidak bersetuju dengan kadar yang diberikan, boleh runding semula untuk mendapatkan kadar terendah dengan jumlah pinjaman yang sesuai dengan kemampuan anda.
Panduan perbandingan kadar pinjaman bank-bank boleh dirujuk di sini.
Berbalik kepada MPV untuk keluarga yang manakah paling sesuai pada pandangan anda?
Wassalam. Wallah hu 'alam.

Comments
Post a Comment