Posts

Showing posts from 2022

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)

Image
Tahun 2022 sudah hampir melabuhkan tirainya. Sangat wajar bagi kita yang mempunyai pendapatan dan dikenakan cukai pendapatan mencerakin dan menelusuri pengecualian cukai yang boleh kita manafaatkan secara maksima.  Untuk tahun 2022 ada beberapa perkara khusus yang boleh dimaksimakan sebelum berakhirnya tahun 2022. Antaranya pembelian komputer atau telefon pintar untuk kegunaan kerja atau untuk pembelajaran anak di universiti wajar digunakan sepenuhnya. Selain itu, boleh menghadiahkan diri dan keluarga dengan keluar bercuti dalam negara (RM1000 pengecualian cukai untuk penginapan yang berdaftar dengan MOTAC https://www.motac.gov.my/en/check/registered-hotel).  Memaksimakan pelaburan untuk kegunaan masa hadapan juga pilihan terbaik seperti takaful, PRS dan SSPN. Bagi yang sudah meninggalkan pekerjaan dan tidak mempunyai pelan kesihatan, seharusnya mengambil peluang pengecualian cukai untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan penuh dan rawatan jika ada penyakit serius.  Seterusnya bolehlah

Kembali Meneroka Sesawang Yang Telah Lebih 5 Tahun Bersawang

Image
 Setelah sekian lama menyepi diri (lebih 5 tahun) dan menyibukan diri sebagai kuli di syarikat swasta akhirnya laman blog ini dibuka kembali untuk dibersihkan dan perkongsian sebagai laman rujukan pelaburan dunia akhirat.  Dalam hitam ada putih. Sentiasa ada pilihan walaupun pilihannya tidak melakukan sesuatu. Sepanjang tempoh "dormant"  terlalu banyak perubahan dan perkembangan baru kaedah pelaburan kewangan  berkembang biak selaras dengan pendigital dan pemayaan sistem transaksi yang begitu meluas digunakan. Jadi tidak hairan lah penipu, pembohong, penyamun alam maya @ scammer berkembang biak dengan meluas bersesuian dengan kepintaran dan kepakaran scammer juga semakin meningkat dan merentas sempadan tanpa terkawal.  Setelah menamatkan perkhidmatan dengan syarikat swasta Mac, 2022 dan merelakskan diri selama hampir enam (6) bulan, boleh lah membelek semula portfolio pelaburan-pelaburan dan memuhasabahkan diri untuk mencari peluang-peluang baru untuk menjana pendapatan deng