Posts

Showing posts from July, 2014

Apa Lagi Yang Mampu Kita Lakukan??

Image
Assalamualaikum w.b.t., Salam Ramadhan al-Mubarak... Ramadhan sudah melewati separuh dan bagaimana kita dapat memakmurkan lagi hari-hari yang tinggal. Semoga hari-hari yang berbaki ini dapat diisi dengan penuh hikmah dan mampu menjadikan kita dari kalangan mereka-mereka yang mendapat pengampunan Allah s.w.t dalam Ramadhan kali ini. Hari-hari yang mendatang pastinya akan menyukarkan poket kita dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak pernah surut. Semoga Allah s.w.t. mempermudahkan kita dalam langkahan kita seterusnya. Hari lebaran bakal menjelang. Berbelanjalah dengan berhemah. Bagi yang bekerja di sektor swasta pastinya tiada "wang bantuan". Jadi janganlah berbelanja di luar kemampuan kita. Desakan anak-anak pasti meruntun jiwa kita untuk mendapatkan pakaian-pakaian baru yang pastinya tidak lagi murah. Belanja untuk sambutan raya bagi Ibu-bapa kita dikampung juga perlu diambil kira. Jadi berhemahlah. Hari-hari selepas hari lebaran pastinya lebih mencengkam jiwa dengan