Apa Lagi Yang Mampu Kita Lakukan??

Assalamualaikum w.b.t.,

Salam Ramadhan al-Mubarak...

Ramadhan sudah melewati separuh dan bagaimana kita dapat memakmurkan lagi hari-hari yang tinggal. Semoga hari-hari yang berbaki ini dapat diisi dengan penuh hikmah dan mampu menjadikan kita dari kalangan mereka-mereka yang mendapat pengampunan Allah s.w.t dalam Ramadhan kali ini.

Hari-hari yang mendatang pastinya akan menyukarkan poket kita dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak pernah surut. Semoga Allah s.w.t. mempermudahkan kita dalam langkahan kita seterusnya. Hari lebaran bakal menjelang. Berbelanjalah dengan berhemah. Bagi yang bekerja di sektor swasta pastinya tiada "wang bantuan". Jadi janganlah berbelanja di luar kemampuan kita. Desakan anak-anak pasti meruntun jiwa kita untuk mendapatkan pakaian-pakaian baru yang pastinya tidak lagi murah. Belanja untuk sambutan raya bagi Ibu-bapa kita dikampung juga perlu diambil kira. Jadi berhemahlah. Hari-hari selepas hari lebaran pastinya lebih mencengkam jiwa dengan himpitan-himpitan kenaikan barangan yang saban hari meningkat. Dan sudah pastinya dengan istilah dari pemerintah yang perihatin untuk menyusun semula "subsidi" dan "cukai-GST", mahu tidak mahu pastinya terus menghimpit kehidupan kita. Kita hanya mampu memilih 5 tahun sekali dan pilihan yang dibuat inilah hasilnya sekarang walaupun kita tidak redha. Kita redhalah dengan ketentuan Allah s.w.t.

Berita-berita menarik yang perlu diteliti:

Petikan dari: 


1) Hutang Isi Rumah di Malaysia 86.8% Kepada KDNK Negara(RM854.3 Billion). Tertinggi di Asia.


   

Hutang Isi Rumah di Malaysia : Pecahan  Beban Hutang Rakyat Malaysia?

  • Harga kereta yang agak membebankan menyebakan ramai rakyat Malaysia tidak mempun 
  • yai pilihan lain selain kebanyakannya membuat pinjaman kereta sehingga 9 tahun (CONTOHNYA DI SINI). Apa 9 tahun? Ya…hanya di Malaysia
  • Kemudian gejala hutang pada kadar yang tinggi (beratus kali ganda dengan gaji mereka) bagi memiliki rumah sendiri dengan pinjaman selama tempoh 30 tahun lamanya (SEPERTI DI SINI NASIBNYA)
  • Separuh gaji hanya mengabdikan diri untuk melaksanakan tanggungjawab untuk membayar semula hutang kepada pihak bank
  • Bagaimana pula dengan lain-lain pinjaman seperti hutang kad kredit, pinjaman PTPTN, pinjaman peribadi dan lain-lain lagi
Nampaknya hutang isi rumah di malaysia terus meningkat sejak dari tahun 2002 lagi. Dan semakin ketara sejak tahun 2009.
  1. Hutang isi rumah Tahun 2009 : 72.4%
  2. Hutang isi rumah tahun 2012 : 81.3%
  3. Hutang isi rumah tahun 2013 : 86.8%
hutang isi rumah
Dan terdapat beberapa petanda yang mana Malaysia bakal mencatatkan rekod bagi mencapai paras 100% hutang isi rumah di Malaysia kepada KDNK negara
2) Kenaikan Kadar OPR di Malaysia 2014 Naik 25 Mata (3.25%). BLR Naik!

Bank Negara Malaysia (BNM) akan umumkan kenaikan dasar semalam (Overnight Policy Rate OPR) sebanyak 25 mata lagi daripada 3.00% kepada 3.25% 


Punca Kenaikan OPR Naik 2014?

  • pertumbuhan ekonomi yang kukuh
  • dalam pada masa yang sama inflasi yang semakin meningkat
  • mengelakkan gelembung aset melibatkan hutang isi rumah yang berada pada paras terlalu tinggi (BUKTINYA KLIK SINI)
  • menggalakkan rakyat Malaysia membuat simpanan lebih awal




Gelombang Kenaikan Harga Barang Naik & Lonjakan Inflasi 2015 : Kenyataan Tan Sri Dr. Mohd. Irwan

  1. Bukan sahaja harga barang naik, inflasi juga akan naik
  2. Inflasi akan naik sepertimana yang pernah berlaku di Australia & Singapura selepas mereka melaksanakan GST
  3. Kenaikan harga barang yang naik akan reda semula selepas tempoh lebih kurang setahun apabila GST mula dilaksanakan
  4. Malaysia dicanang bakal menjadi antara negara yang terakhir di ASEAN bagi melaksanakan GST selain Myanmar dan Brunei.
  5. Kerajaan akan pantau harga supaya tidak terus menekan pengguna
  6. Senarai harga barang yang penuh keluar Januari depan
  7. Kerajaan berjanji akan menangani gelombang kenaiakn harga barang dengan penguatkuasaan tegas menjelang pelaksanaan GST kelak
 Dan juga kerisauan Cuepacs (DI SINI) mengenai gelombang kenaikan harga barang naik 2015 dan juga kos sara hidup lain berasas melihatkan implikasi kepada 1.4 juta penjawat awam di Malaysia.
 Tapi, bagaimana pula kesan kepada pekerja-pekerja swasta yang nampaknya di anak-tirikan dalam kebanyakkan polisi negara....
4) Berita CIMB, RHB Capital & MBSB Bergabung. Bakal Bank Terbesar di Malaysia (Bernilai RM600 Bilion). Maybank Kalah!

Nampaknya tindakan Datuk Seri Nazir Razak melepaskan jawatan menjadi CEO CIMB dan dilantik menjadi Pengerusi CIMB bagi menggantikan Tan Sri Md Nor Yusof adalah merupakan signal awal kepada berita penggabungan MBSB, CIMB Bank dan RHB Capital.
Sebenarnya berita RHB Capital, CIMB dan MBSB bergabung merupakan rahsia yang begitu dijaga rapi yang hanya beberapa individu berprofil tinggi sahaja mengetahui perancangan sulit ini.

Berita CIMB, RHB Capital & MBSB : Kedudukan Kewangan Terkini?

MBSB RHB CIMB
KWSP memainkan peranan pentingan bagi episod penggabungan bank CIMB, MBSB dan RHB Capital :
  • Saham KWSP 64.73% di MBSB
  • Saham KWSP 14.46% di CIMB
  • Saham RHB Capital 40.76% di RHB Capital
  • Saham KWSP dianggarkan lebih 25% di “Mega Bank”
Penggabungan akhirnya akan menyaksikan KWSP bakal muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam bank mega (Bank terbesar di Malaysia),dengan pegangan dianggarkan lebih daripada 25%.
 Apa implikasi yang rakyat marhaen akan rasai???? Sebahagian besar kita sekarang ini bekerja untuk melunaskan hutang bank... Kita sudah jadi hamba bank.... KWSP bantu pendeposit atau sistem kapitalis....






Comments

  1. Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT

    More than 160000 men and women are trying a simple and secret "water hack" to burn 1-2 lbs each and every night in their sleep.

    It's effective and it works on anybody.

    Here are the easy steps for this hack:

    1) Go grab a clear glass and fill it with water half glass

    2) Proceed to do this awesome hack

    so you'll become 1-2 lbs thinner as soon as tomorrow!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Contd' Melaka Coconut Shake, Kuantan Murtabak Mengkasar and Kepala Batas Ikan Bakar

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)