Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)

Tahun 2022 sudah hampir melabuhkan tirainya. Sangat wajar bagi kita yang mempunyai pendapatan dan dikenakan cukai pendapatan mencerakin dan menelusuri pengecualian cukai yang boleh kita manafaatkan secara maksima.  Untuk tahun 2022 ada beberapa perkara khusus yang boleh dimaksimakan sebelum berakhirnya tahun 2022. Antaranya pembelian komputer atau telefon pintar untuk kegunaan kerja atau untuk pembelajaran anak di universiti wajar digunakan sepenuhnya. Selain itu, boleh menghadiahkan diri dan keluarga dengan keluar bercuti dalam negara (RM1000 pengecualian cukai untuk penginapan yang berdaftar dengan MOTAC https://www.motac.gov.my/en/check/registered-hotel). 

Memaksimakan pelaburan untuk kegunaan masa hadapan juga pilihan terbaik seperti takaful, PRS dan SSPN. Bagi yang sudah meninggalkan pekerjaan dan tidak mempunyai pelan kesihatan, seharusnya mengambil peluang pengecualian cukai untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan penuh dan rawatan jika ada penyakit serius. 

Seterusnya bolehlah mengeluarkan zakat yang bersesuaian untuk memenuhi kefardhuan berzakat. Zakat yang dikeluarkan akan diberikan rebat penuh oleh LHDN.  Zakat yang dikeluarkan  secara maksima itu boleh diberikan sebahagian kepada asnaf zakat dari kalangan kerabat yang terdekat  melalui kaedah wakalah atau waad. Namun pengeluaran zakat perlu dahulu dilaksanakan di pusat-pusat zakat negeri-negeri dan kemudiannya boleh dimohon pengeluaran sebahagian zakat untuk agihan sendiri melalui pusat-pusat zakat negeri-negeri berkenaan. Prosedur pengeluaran wakalah zakat  boleh diperolehi di pusat-pusat zakat negeri. Sudah pasti kaum kerabat  yang terdiri dari golongan asnaf fakir/miskin atau fisabillillah (pelajar)  akan terbela melalui wakalah zakat berkenaan.

Senarai pengecualian cukai persendirian tahun taksiran 2022 adalah seperti di bawah untuk rujukan Sila buat semakan dan mohon komen sekiranya terdapat kesilapan untuk dibuat  pembetulan.





REBAT CUKAI

Rebat cukai untuk zakat bersamaan dengan jumlah zakat yang dikeluarkan atau jumlah mana yang lebih rendah. 


PELABURAN PRS DAN TABUNGAN SSPN




Semoga rujukan kecil ini akan memberikan manafaat untuk memudahkan memaksimakan pengecualian cukai bagi tahun taksiran 2022.



RUJUKAN LAIN



Comments

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Contd' Melaka Coconut Shake, Kuantan Murtabak Mengkasar and Kepala Batas Ikan Bakar