Kembali Meneroka Sesawang Yang Telah Lebih 5 Tahun Bersawang

 Setelah sekian lama menyepi diri (lebih 5 tahun) dan menyibukan diri sebagai kuli di syarikat swasta akhirnya laman blog ini dibuka kembali untuk dibersihkan dan perkongsian sebagai laman rujukan pelaburan dunia akhirat.  Dalam hitam ada putih. Sentiasa ada pilihan walaupun pilihannya tidak melakukan sesuatu.


Sepanjang tempoh "dormant"  terlalu banyak perubahan dan perkembangan baru kaedah pelaburan kewangan  berkembang biak selaras dengan pendigital dan pemayaan sistem transaksi yang begitu meluas digunakan. Jadi tidak hairan lah penipu, pembohong, penyamun alam maya @ scammer berkembang biak dengan meluas bersesuian dengan kepintaran dan kepakaran scammer juga semakin meningkat dan merentas sempadan tanpa terkawal. 

Setelah menamatkan perkhidmatan dengan syarikat swasta Mac, 2022 dan merelakskan diri selama hampir enam (6) bulan, boleh lah membelek semula portfolio pelaburan-pelaburan dan memuhasabahkan diri untuk mencari peluang-peluang baru untuk menjana pendapatan dengan lebih tenang tanpa terikat lagi dengan majikan.

Prestasi dana-dana pelaburan awam yang risiko rendah sepanjang 10 tahun kebelakang. KWSP semakin lama semakin merosot pencapaiannya. Bagaimanakah pencarum dapat meningkatkan dana pencen mereka sekiranya semakin lama semakin mencorot prestasinya?


Kesan kemelesetan ekonomi dan peningkatan inflasi sekarang pastinya akan semakin menekan pekerja-pekerja swasta yang semakin ditindas dengan kemelecetan pengurusan ekonomi negara oleh penguasa yang tidak amanah dan menyeleweng. Bagaimana tambahan pelaburan untuk menambah dana persaraan boleh ditingkatkan jika  saki dari pendapatan terpaksa menampung kos peningkatan kehidupan yang semakin meningkat tidak terkawal?

Sebagai peringatan bersama, dalam tekanan untuk melabur dan menambahkan pendapatan, kita juga perlu berhati-hati dengan promosi-promosi pelaburan yang semakin bercambah. Dalam promosi-promosi pelaburan tu ada yang scam dan ada yang betul tapi ada unsur-unsur sedikit menjerat. Biasa kita dapat tawaran dari rakan-rakan untuk melabur menggunakan link sana-sini (@ referal). 

Waspada dan berhati-hati jangan terperangkap dengan scammer yang menyusup masuk dan akhirnya menjadi "pelaburan buluh kasap :  untung habis, modal lesap" bak kata pepatah melayu ‘berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap’. 

Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Contd' Melaka Coconut Shake, Kuantan Murtabak Mengkasar and Kepala Batas Ikan Bakar

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)