TIPS KETIGA: Jom Heboh! Baca al-Quran ... Jom! Gandakan Akaun Pelaburan Akhirat.. Tawaran Khas RAMADHAN...
Assalamualaikum w.b.t.,
Moga kita masih belum kelewatan untuk menggandakan amalan dalam bulan Ramadhan yang masih tinggal separuh lagi untuk kita mendulang pahala berganda yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. yang bertakwa dan beriman. Jika kita tidak merebut peluang Ramadhan ini, adakah kita masih berpeluang untuk Ramadhan yang akan datang? Jangan bertangguh lagi, ajal-maut tidak akan lewat walau sesaat pun. Ambillah peluang yang terbentang luas di hadapan kita sekarang ini.
Bagi mereka yang sedang memecut sebermula 1 Ramadhan, TAHNIAH! untuk anda.... bagi yang masih terconggak-conggak nak mengali pahala, jangan bertangguh lagi.... RUGI TAU KALAU TAK REBUT PELUANG DI DEPAN KITA SEKARANG.... Jom bangkit semua, PESTA SEDANG HANGAT SKARANG NI... Boleh jenguk surau dan masjid.... apa hiburan yang disajikan...
Antara perkara lain yang wajar kita ambil peluang mendulang amalan adalah membaca al-Quran. Lagi bagus jika dengan TARTIL dan baca MAKSUDNYA sekali... lagi best jenguklah TAFSIRNYA juga yea...
Ganjaran membaca Al-Qur’an dikira pada jumlah huruf yang dibaca. Ini dapat difahami dari hadith nabi,
“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, aku tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“ (HR Bukhari)
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
Malam Lailatul Qadar yang dikejar!
“Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.” (maksud sepotong hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a)
Jika kita congak dengan akal manusia yang terhad ini, pahala membaca satu (1) huruf al-Quran adalah:
a) Satu huruf hari biasa = 1 x 10 kebaikan = 10
b) Satu huruf dibaca dalam Ramadhan = 10 kebaikan x 70 amalan fardu = 700 kebaikan amalan fardhu. Dalam al-Quran berapa surah? Berapa ayat? Berapa huruf????
atau
atau
c) Satu huruf (membaca al-Quran) dibaca pada malam Lailatul Qadar = 10 kebaikan amalan fardhu x 1000 bulan = 10,000 atau (mungkin lebih lagi 700x1000=700,000) bulan kebaikan amalan fardhu. Hanya Allah s.w.t., yang mengetahui jumlah sebenarnya... Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!...
Amat benarlah Ramadhan ini lombong amalan untuk kita mencari bekalan bagi akhirat kita...
Sudah berapa Ramadhan yang berlalu dengan sia-sia... RUGInya.... Pelaburan yang diberi peluang tidak dikejar dengan sungguh-sungguh...
KEMPEN! KHAS UNTUK KAUM HAWA!.... Jagalah AURAT... Semoga Ramadhan ini suatu platform untuk kita berhijrah... dari berpakaian umpama telanjang... Berpakaian yang menampakkan bentuk tubuh... kepada pakaian mengikut sunnah yang sebenarnya.
Jika kita lihat mutakhir ini banyak fesyen jubah, fesyen pakaian muslimah, atau T-Shirt, seluar dan sebagainya umpama membungkus badan dan menampakkan dengan jelas bentuk badan puan-puan/cik-cik yang mengiurkan itu. Tutuplah dengan sempurna semoga laknat Allah s.w.t. tidak berlaku kepada kita lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.
Sama-samalah kita memperbanyakkan memohon keampunan dari Allah s.w.t. semasa ruang dan peluang diberikan kepada kita yang lemah ini lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini.
Wallah hu 'alam.
Comments
Post a Comment