Assalamualaikum w.b.t.,

Hidup di dunia yang sementara ini banyak mengabui mata kita tentang matlamat kehidupan yang sebenarnya. Kita semakin terdesak dengan himpitan kehidupan dan berlumba-lumba untuk mencari kehidupan yang lazimnya lebih menampakkan keduniaa semata-mata.
Apakah ada di antara pelaburan yang semakin hari semakin kurang diberikan tumpuan? Namun, apakah kita menidakkan keperluan yang perlu kita sediakan di dunia bagi persediaan akhirat? Bagaimanakah pula pelaburan di dunia yang wajar dilakukan untuk persediaan akhirat kita? Wajar rasanya kita sama-sama bincangkan dan jadikan maklumat bersama ini sebagai panduan kita merentasi dunia untuk menempah tempat yang selesa di akhirat kelak, insyaallah.

Pandangan serta komen rakan-taulan, pak-pak ustaz, profesionalis, akauntan, hartawan, dermawan, pak/mak wan dan sebagainya boleh dikongsi untuk dijadikan panduan disamping memperkuatkan ukhwah sesama kita. Sila diemailkan pandangan anda ke mryteratak@gmail.com.


Wassalam.
5/11/2009
------------
Pemberitahuan: Semua maklumat di blog ini adalah pandangan peribadi melainkan dinyatakan sebaliknya. Sila rujuk kepada institusi atau badan yang berkaitan untuk maklumat lebih lanjut. Sebarang rujukan dari blog ini adalah risiko sendiri.Pengarang tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul disebabkan oleh bahan diblog ini.

Saturday, July 9, 2011

Tips pertama! Pelaburan yang sangat bernilai untuk kita nilai demi masa hadapan...

I'm yellow today... tribute... for CLEAN.... CLEANING DAY!... Ya! Allah s.w.t., please bless us Malaysian Citizien looking for justice and keep our IMAN in our deepest heart!


Assalamualaikum w.b.t.,


Alangkah beruntungnya jika pelaburan dan simpanan kita dinilai sangat berharga pada suatu masa nanti dan ianya bebas inflasi, nilai RM10 pada masa hadapan 10 kali lebih tinggi mungkin RM100.00 atau lebih tinggi lagi harganya... Apakah pelaburan atau dana simpanan dalam klasifikasi ini...


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amalam pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)


Bagaimanakah solat kita? Cukupkah pelaburan solat kita? Berapa nilai solat kita? Bagaimana  pula inflasi solat kita? Berapa banyak pula hutang solat kita? Dan sudahkah kita solat, sepanjang hidup kita?


Jom kita muhasabah diri dan perbanyakkan solat-solat sunat untuk menambah pelaburan solat wajib kita. Semoga urusan dunia ini dan solat ini menjadi salah satu platform pelaburan untuk menyediakan hidup yang lebih baik di alam barzakh dan akhirat kelak.


Pelaburan pertama yang terpenting untuk masa hadapan kita adalah solat. Jangan Lupa.!!..


Wallah hu 'alam.

No comments:

Post a Comment