Tips Kedua ! Pelaburan yang sangat bernilai untuk kita nilai demi masa hadapan...
TIPS KEDUA! SADAKAH dan WAKAF
Link... Tips Pertama! Menjaga Solat Fardhu dan Menambah Solat Sunat.. Jauhi Pertubuhan Haram Yang Melalaikan Solat..
Assalamualaikum w.b.t.,
Ramadhan bakal menjengah lagi. Ahlan Wa Sahlah, Ya Ramadhan!
Nah! Pelbagai perspektif menyambut Ramadhan. Yang menarik sekali dibicarakan di Radio IKIM adalah perbincangan persediaan menyambut raya mana lebih baik, sebelum ramadhan atau dalam bulan ramadhan...? Emmm.... inilah salah satu dari pelbagai tanggapan dan matlamat pelbagai peringkat masyarakat dengan kehadiran ramadhan iaitu persediaan menyambut aidil fitri atau lebih mudah sambut raya lah....
Kenapa jadi begini? Sudah menjadi resmi manusia, perkara menghiburkan itu lebih menarik perhatian berbanding janji ganjaran Allah s.w.t yang lebih besar yang dijanjikan dalam bulan ramadhan.
Promosi sambut raya sana sini lebih meriah berbanding promosi mengimarah malam-malam ramadhan. Oleh itu apakah pelaburan ramadhan yang sangat besar manfaatnya disamping perbanyakkan solat sunat di bulan ramadhan.
TIPS Kedua: Perbanyakkan sadakah jariah dan wakaf!
” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara
yang lain iaitu (1) masa muda mu sebelum tua mu, (2) masa sihat mu sebelum sakit mu, (3) masa kaya mu sebelum miskin mu, (4) masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5) masa hidup mu sebelum mati mu” riwayat Muslim.
i) Memberi makan orang berbuka puasa:
Sabda Rasulullah (SAW); "Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun..." (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
ii) Sedakah yang diutamakan adalah dalam bulan Ramadhan
at-Tirmidzi meriwayatkan:
“Rasulullah pernah ditanya, ‘Sedekah apakah yang paling utama?’ Beliau menjawab, ‘Seutama-utamanya sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan’.”
“Rasulullah pernah ditanya, ‘Sedekah apakah yang paling utama?’ Beliau menjawab, ‘Seutama-utamanya sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan’.”
Surah Al-An’am ayat 160 yang membawa maksud, “Barangsiapa yang membawa amalan yang baik maka baginya (pahala) sepulu kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak akan diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatan yang dilakukannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).”
Pelaburan yang tidak merugikan.... umpama sadakah RM 1, mendapat kembali ganjaran RM10.00, adakah anda mahu menyertainya???? JOM REBUT GANDAAN LAGI DALAM BULAN RAMADHAN... Berapa gandaan??? Wallah hu 'alam...
iii) Jika sukar dengan dua perkara di atas, bersadakahlah dengan tenaga sebagai contoh membersih masjid, membantu membersih penggang mangkuk selepas majlis berbuka puasa atau moreh atau sebagainya yang termampu dilaksanakan. Allah s.w.t., mengetahui kemampuan kita, sesungguhnya harta dan dan apa yang kita ada adalah pinjaman sementara dan menjadi ujian bagi kita.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.” H.R. Ahmad
” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara
yang lain iaitu (1) masa muda mu sebelum tua mu, (2) masa sihat mu sebelum sakit mu, (3) masa kaya mu sebelum miskin mu, (4) masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5) masa hidup mu sebelum mati mu” riwayat Muslim.
yang lain iaitu (1) masa muda mu sebelum tua mu, (2) masa sihat mu sebelum sakit mu, (3) masa kaya mu sebelum miskin mu, (4) masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5) masa hidup mu sebelum mati mu” riwayat Muslim.
Akhir kalam, Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan Penuh Barakah. Sama-sama kita berkempen untuk beribadah dan membersih diri dengan memohon keampunan dari dosa-dosa lalu yang tidak terzahir dan yang terzahir.
Comments
Post a Comment