Kenapa Saya Perlu Membuat Perubahan dalam PRU13

Assalamualaikum w.b.t.,

Fikir-fikir lah, undilah dengan jiwa yang bersih kerana Allah s.w.t. Lakukanlah untuk keadilan sejagat.

Lebih sebulan tiada sebarang pos saya lakukan ke blog ini. Kenapa? Situasi PRU13 sungguh mencabar minda dan keyakinan. Beberapa analisa yang saya lakukan menunjukkan bebanan kewangan yang bakal ditanggung oleh rakyat dan lebih-lebih saya sendiri selepas PRU13 sekiranya kemenangan memihak kepada pemerintah pusat sekarang. Apakah saya "double standard" dalam penilaian saya?  
Jawapan: Sudah pasti tidak, kerana saya bukan lah ahli mana-mana parti politik atau NGO-NGO berasaskan politik. Saya hanyalah seorang rakyat yang mahukan keadialan sosial dan ekonomi untuk masa depan saya dan anak-anak saya sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah dan Rasulnya.

Dalam pos-pos saya sebelum ini saya banyak tidak bersetuju dengan pemerintah sekarang dari segi keadilan sistem percukaian, pendidikan dan kesihatan. Apakah ini wajar? Jawapan saya, yea sangat wajar kerana saya adalah pembayar cukai tegar dan selama ini saya tidak mendapat manafaat dari apa yang saya keluarkan. Malahan, keuntungan KWSP, ASB untuk masa tua saya tidak menunjukkan peningkatan yang baik berbanding inflasi. Malahan nilai simpanan semakin berkurang dari tahun ketahun walaupun jumlahnya meningkat kerana kesan kenaikan barangan keperluan yang luar biasa sekali.

Sekiranya saya memilih untuk mengekalkan pemerintah pusat sedia ada apakah saya akan mendapat keadaan ekonomi negara yang lebih baik untuk kehidupan saya?
Jawapan: Dari pemerhatian saya dan pos-pos sebelum ini, kadar peningkatan hutang negara sangat ketara sekali. Untuk apa hutang ini? Kroni politik pemerintah dan anak pinak? Siapa yang kena membayarnya? Rakyat dan saya kah...? Jelas negara yang berhutang maka rakyatnya lah kena menanggungnya. Negara bangkrap, rakyatnya jugalah menanggung bebanannya. Jadi kenapa saya masih mahu mengekalkan pemerintah pusat sekarang yang jelas nampak tidak kompeten dalam menangani isu rakyatnya.

Setelah penelitian yang dibuat, INI KALILAH KENA TUKAR DAN SAYA MENGUNDI UNTUK MENUKAR... UNDI SAYA KALI INI UNTUK PAKATAN RAKYAT KERANA: SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEHARUSNYA MENDAPAT MANAFAAT DARI NEGARA BUKAN DIABDIKAN UNTUK MENGKAYAKAN GOLONGAN TERTENTU.

1) Pendidikan Percuma Bukan Pinjaman dengan Bunga:







 

2) Harga Petrol Lebih Rendah



 3) Hapuskan Saman Jalanraya AES untuk kayakan kroni cara mudah






 4) Hapuskan TOL / Lebuhraya Percuma (Lubuk Kroni)

 


5) KENAPA TIADA PERKARA BERKAITAN DENGAN KESIHATAN????


Why???



JIKA BN MEMERINTAH SEMULA, MALANGLAH RAKYAT MALAYSIA KERANA SEMUA KENAIKAN TERTANGGUHKAN AKAN DINAIKKAN...  KALI INI MOHON SAMA-SAMA SAY NO TO "BARISAN NASIONAL"






Ini yang berlaku kepada mereka yang dikatakan berpendapatan tinggi. Sudahlah cukai pendapatan tinggi. (rujuk kepada pos-pos sebelum ini)

Comments

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Contd' Melaka Coconut Shake, Kuantan Murtabak Mengkasar and Kepala Batas Ikan Bakar

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)