Assalamualaikum w.b.t, Ramai dikalangan kita terpaksa berhutang untuk membeli rumah dan kenderaan dari pembiaya kewangan, samada membuat pinjaman dengan bank, pinjaman dari perbendaharaan bagi kakitangan awam, dari tabung syarikat (contoh Petronas), dari institusi insurans (contoh ING) atau FAMA (father and mother). Terma perjanjian pula terbahagi kepada dua yang utama iaitu secara Islamik atau Konvensional. Bagi kes FAMA atau DADDY-KASI kebiasaanya kadar keuntungan tidak termaktub dengan BLR/BFR (Bank Negara) dan lebih fleksibel kaedah pembayarannya. Oleh itu sewajarnya, kita memahami tentang hutang-piutang yang kita buat, pilihan yang kita ada dan merancang kemudiannya untuk mempercepatkan pembayaran samada dari lebihan pendapatan atau menggunakan tabungan KWSP yang dibenarkan. Hutang tak dapat lari dari tempoh, lagi panjang tempoh lagi tinggilah jumlah yang perlu dibayar kelak. Bagi kakitangan awam atau syarikat-syarikat persendirian yang memberi pinjaman kepada kakitangan merek...
Comments
Post a Comment