Ramadhan Bulan Ibadah: Peluang Untuk berjariah 1 (Rohingya)

Assalamualaikum w.b.t.,

Ramadhan kembali lagi buat kesekian kalinya buat kita yang masih bernyawa. Bagi mereka yang telah menyahut seruan Ilahi kembali kepada NYA sudah pasti ramadahan yang lalu adalah ramadhan yang terakhir bagi mereka. Seharusnya kita perlu insaf dan segera sedar, apakah Ramadhan kali ini adalah yang terakhir bagi kita. Maka seharusnya kita perlu ingat pahala yang hendak dibawa pulang sudah cukup atau dosa-dosa pula yang kita kutip tanpa dan dalam sedar kita.

Sehubungan itu, bulan yang penuh barakah ini yang menjadi madrasah buat kita mengoreksi diri, sewajarnya kita penuhi hari-hari didalamnya dengan beribadah kepada Allah s.w.t dan melaksanakan semua tuntutannya. Ganjaran 700 kali pahala perlu dikutip sebanyak-banyaknya.

Antara amalan yang sangat dituntut lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh barakah ini adalah bersadakah jariah selain ibadah-ibadah khusus seperti betarawikh dan membaca al-Quran. Marilah kita sama-sama menghulur bantuan kepada saudara-saudara kita yang termampu kita laksanakan. Allah maha mengetahui kemampuan kita. Yang kita belanjakan adalah milik kita baik atau buruk. Yang disimpan adalah milik bagi mereka yang mewarisinya. Oleh itu berbelanjalah semasa nafas dikandung badan, sebelum Izrail datang menjemput tanpa janji temu persetujuan dari kita. Jangan berlengah lagi jom bersadakah jariah.




MAPIM: BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU ROHINGYA





INI POSTER YANG LAMA, ADA BEBERAPA MAKLUMAT YANG TELAH BERUBAH. SEBARANG SUMBANGAN SILA KE AKAUN MAPIM SEPERTI DI BAWAH ( AKAUN INI DIKHASKAN UNTUK BANTUAN KE ROHINGYA ):

BANK : BIMB ( BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD )


NO AKAUN : 0801 3010 0758-20


NAMA AKAUN : TABUNG GAZA MAPIM


SETELAH ANDA MASUKKAN SUMBANGAN TERSEBUT, SILA EMAILKAN MAKLUMAT ITU ATAU SMSKAN KEPADA KAMI SEPERTI DI BAWAH :

NAMA PEGAWAI : MOHD NAZRI SAHAT 

NO H/P : 017-2718460

EMAIL : nazri@mapim.org


Comments

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Contd' Melaka Coconut Shake, Kuantan Murtabak Mengkasar and Kepala Batas Ikan Bakar

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)