Jalan-Jalan di Batu Pahat

Assalamualaikum w.b.t.,

16-17 Ogos 2014.

Dah bersawang blog ni. Sukar untuk mencari masa buat masa ini menjengok dan "update" maklumat di sini. Jadi sempena ada ruang masa lepak-lepak jalan-jalan kat Batu Pahat ni sambil urusan peri-rasmi ini sedikit maklumat makan-makan di "update" kat sini. Rating berdasarkan selera kami. Lain orang, lain pandangannya.

Rujukan dari beberapa blog lain, antara menu istimewa kat sini adalah:

1) Nasi Beriyani
2) Asam Pedas
3) Mee bandung / Mee racun
4) Roti arab
5) Kacang Pol
6) Cendol Akbar

Okey, misi makan pagi tadi bermula mencari Kopitiam Chop Tong Ah (halal) dengan niat nak makan roti bakar, telur masak 3/4 dan lain-lain yang dikatakan luar biasa sedapnya lebib-lebih lagi "Teh Tarik". Setelah berpusing-pusing dengan tuju arah yang diberikan oleh blog-blog terdahulu, misi gagal. Gulp! perut lapar dan "end-up" berenti layan nasi lemak bungkus dan karipap tidak jauh dari pasar cina untuk melapik perut anak-anak yang dah kelaparan. Karipap "not bad".

Namun kami masih tidak berputus asa, menyusuri pasar besar di Jalan Sulaiman sambil melihat aktiviti di pasar dan juga lorong menjual barangan "2nd-hand". Banyak kedai-kedai barangan ibadah sekitar pasar ini dan kami juga membeli kopiah keras dengan bahagian atas warna hijau yang sukar diperolehi di KL.

1) Kopitiam Chop Tong Ah - KOPITIAM RAMLEE

Akhirnya kami ternampak lah kopitian Chop Tong Ah ini. Di sebelah kiri pintu utama pasar besar Jalan Sulaiman. Kopitiam ini telah bertukar nama kepada KOPITIAM RAMLEE.
 Kami order beberapa menu yang telah disyorkan oleh blog lain dan komen kami:

1) Nasi lemak             - rasa sambal tidak memuaskan, Tiada bintang langsung
2) Telur masak 3/4     -  4 star over 5 star (recommended)
3) Roti bakar              -  5 star (recommended)
4) Soto nasi daging    -  3 star
5) Teh tarik                -  2 star (not recommended)

Overall, kopitiam ni average sahaja (not recommended)

Balik hotel lepak-lepak dan merancang untuk mencari nasi briyani untuk lunch. Tertidur kepenatan. Semalaman memandu, pukul 2 pagi sampai pagi tadi...

Pukul 4pm keluar mencari nasi briyani untuk makan tengah hari.

2) Nasi Briyani (Gerai XXX Medan Selera Peserai)

Nasi briyani yang disyorkan oleh rakan-rakan adalah nasi briyani famous dan Azhar.

Lokasi nasi briyani famous terletak di tempat yang sama Kedai Pokok Sena. Yang menarik nya kedai Pokok Sena ada tiga gerai yang berbeza Nasi Briyani, Asam Pedas dan Nasi Lemak. Search dalam GPS mesti ada lokasi ni.

Bila sampai tanya Nasi Briyani, alamak dah habis. Mereka sibuk membungkus tempahan. Sah mesti best punya ni.

Akhirnya, search GPS lokasi Nasi Briyani Azhar. Lokasi rupanya di Kompleks Niaga Peserai (MEDAN SELERA PESERAI) di hadapan hospital pakar Putra. Nasib malang juga hari ini, Gerai Azhar tutup. Tetapi di sini rupanya banyak gerai-gerai yang menjual nasi briyani. End up duduk di gerai sebelah kanan Gerai Azhar  sebelah gerai nasi ayam, gerai nama beriyani BxxxxxG. di bawah komen.

1) Nasi Briyani Kambing - kambing liat, nasi okey. Tiada dalca dan lain-lain (NOT RECOMMENDED)
2) Teh tarik                      - perghhh tak rasa teh (not recommended)

Gerai ni Failed.






Esok mesti try jugak nasi briyani famous bawah pokok sena...


 3) Cendol Famous Akhbar

Lokasi tidak jauh dari Pasar Besar Jalan Sulaiman.

Recommended.. Thumbs up 4.5 Star.

Bila sampai gerai penuh dalam pukul 6.00pm. Akhirnya duduk dengan seorang abang yang duduk dimeja berseorangan. Dia dua minggu sekali sekurang-kurangnya akan menikmati cendol disitu seorang usahawan perkayuan perabut di Batu Pahat. Banyak kontrak beliau membuat ukiran dan mimbar surau-surau dan masjid. Masyaa Allah, dia juga ada membuka sekolah tahfiz. Hebat abang ni.

4) Mee Racun (sebelah surau lupa nama)

Misi mencuba mee racun. Lokasi boleh cari dalam WAZE.

Kedai masakan panas rupanya. Mee ala-ala mee rebus + bandung + tulang @ daging.@ gear box kambing.

Secara umumnya "rating" average 3 Star sahaja. Recommended, bagi yang suka makan mee.







17 Ogos 2014.

5) Nasi Lemak (Laukpah??)

Lokasi bersebelahan surau arab, menggunakan lorong antara dua bangunan.  Malangnya, surau berkunci hari ni. Sesiapa nak solat Dhuha pasti kecewa.

Boleh tahan ramai orang beratur untuk membeli nasi lemak dan meja boleh dikatakan "fully occupied".

Makanan yang tersedia, nasi lemak, lontong, mee/bihun goreng. Lauk-pauk untuk nasi lemak tak lah banyak "variety". Hanya ada ikan masak pedas, ayam pedas, ayam goreng, telur dadar dan sambal sotong kering.

1) Nasi lemak ; rating 1star sahaja. Sambal kosong (tiada bilis) yang tidak cukup masak dan masih terasa cili keringnya.

2) Bihun goreng : totally bihun kosong + sambal nasi lemak kosong bintang.

3) Teh tarik ; 1star sahaja.

Secara umumnya not recommended. Kalau dah tak jumpa gerai lain dan kelaparan bolehlah berjamu selera.





Updated: 6/9/2014

6) Nasi Briyani Famous (Bawah Pokok Sena) & dinner roti + kacang pol

Lunch Nasi briyani Pokok Sena: (Average: 3Star)
Kambing briyani 4star, cuma nasinya seperti terlebih masak dan terasa berair.

Dinner roti + kacang pol, mee racun.(medan selera peserai)
Roti + kacang pol : 2 star
Teh tarik : 1star
Mee Racun??: 0 Star

Setakat ini, belum lagi jumpa nasi briyani yang boleh dibanggakan.


6/9/2014 

Datang balik ke BP, ha!x5 kerja punya pasal.


7) Sarapan di Tasik Y (Average: 2Star)

Roti canai : 3star
Teh tarik  : 1star
Nasi lemak bungkus : 1star




8) Nasi Briyani  BP Bariani Power Taman Soga (Recommended)

Kedai nasi briyani Power ni tak jauh dari Tasik Y. Dalam waze ada disenaraikan. Semasa sampai untuk lunch, lauk yang tinggal hanya briyani kambing dan ayam masak merah sahaja. Jam baru pukul 12.40pm.

Nasi Briyani Gam kambing : 3.5star.
Lauk 4star, tetapi nasinya hanya 3star.

Masih belum jumpa nasi briyani yang betul-betul power di batu pahat, Isshhh! bandar yang dikatakan bandar nasi briyani tak kan tak dea yang super power?


8)  Mee Racun 3G

No 2, Jalan Timah Hitam, Kg Kenangan Dato Onn 1, Depan Hotel Pine Tree.

Mee Racun Tulang: 3.5Star (recommended)
Sate dari gerai sebelah: 1Star (not recommended)
Teh Tarik: 2Star (below average)

Mee racun yang ni "slightly below" kalau dibandingkan dengan gerai yang sebelum ni. Daging pada tulang kambing tidak empuk sepenuhnya, sukar untuk menikmati daging pada tulang berkenaan. Dua ketul tulang kira terlalu banyak berbanding dengan mee nya.

Sate ayam yang di"order" dari gerai sebelah amat mengecewakan. Sate dan kuah keduanya tidak ada rasa walaupun sate nampak menarik. Biasanya anak-anak suka sate, tapi lepas makan secucuk langsung mereka tidak menyentuhnya.





9) Sarapan: Gerai bersebelah klinik kerajaan Peserai dan SK Peserai.

Mencari sarapan yang bersesuaian dengan selera di Batu Pahat agak sukar juga rupanya. Mungkin kalau nak makan lontong dan soto mudah lah kot, tapi tu bukan selera kami sekeluarga. Nasi lemak so far out of our acceptance.

Pagi ni kami bersarapan di gerai yang dinyatakan di atas. Gerai ni dipenuhi dengan orang menarik minat kami untuk bersarapan di sini. Menu roti canai, nasi lemak dan lontong.

Kami makan nasi lemak dan nasi goreng hari ni.

Nasi Lemak ayam goreng: 1star (tiada sambal bilis yang bersesuaian): Not recommended

Ramai yang makan roti canai dan lontong disini. Mungkin itulah menu utama mereka.


Kembali pada 26/9/2014

9) Asam Pedas Mak Limah - Kedai Makan Selera Murni (KFC Jln Rogayah)

Pertama kali dalam sejarah sarapan pagi dengan asam pedas. Hanya asam pedas ikan merah sahaja yang ada. Secara umumnya masakan asam pedas ini lebih baik dari yang dinikmati sebelum ini.

Rating: 3.5 Star (Asam pedas dihidang dengan "option" sayur/tauhu/telur asin.


10) Restoren Ibu Mertua Ku

Menu pelik yang dihidangkan disini adalah asam pedas belangkas. Belangkas? Halalkah?
 Makan tengah hari dengan Asam Pedas pari amat mengecewakan. Rasa asam pedas sukar untuk dikenal pasti apakah asam pedas dan ikan parinya juga rasa seperti ikan yang diawet.

Agak keterlaluan bagi saya untuk mencadangkan  atau mengelak restoren. Not recommended.


10) Roti Canai Tiga Madu Jalan Parit Besar

  Secara umumnya sepanjang jalan Parit Besar  ini terdapat banyak gerai-gerai yang boleh dicuba menu nya.
Sarapan pagi dengan Roti Canai Telur disini tidak mengecewakan. Cuma kari kambingnya tidak menepati selera. Cair dan seperti kari diseduh air sahaja.

Rating:

Roti Canai : 3.5 Star
Kari Kambing : 0 star

11) Sup Kambing Jalan Parit Besar

Makan malam dengan sup kambing Jalan Parit Besar sungguh menyelerakan. Tersedia juga masakan panas dan mee rebus.

Sup kambing : 4 star
Mee rebus daging : 3 Star (agak pedas)


10) Roti Nan, Tandoori dan Bubur Nasi - Tandoori Nikmat Jalan Sultanah

 Restoren ini hanya buka lewat petang. 

Rating 
Roti Nan Cheese : 4 Star
Tandori                : 4 Star
Bubur Nasi          : 4 Star

Layanan              : 0 Star (tuan kedai ni agak "kerek" dan bongkak sikit)


11) Beriani Gam Kambing Mohd Shah Medan Selera Peserai

 Akhirnya dapat juga merasai Beriani Gam Kambing Mohd Shah. Secara keseluruhannya beriani ini lebih baik dari beriyani yang dicuba sebelum ini di batu pahat. RECOMMENDED.




  Nasi beriyani : 4 Star
  Kambing beriyani : 4.5 Star (daging masak sempurna dan lembut)



Kesimpulan  / Recommended Setakat ini:
 

1) Nasi Briyani Mohd Azhar
2) Asam Pedas Mak Limah 
3) Cendol Akhbar 
4) Sup Kambing Jalan Parit Besar
5) Roti Nan - Tandoori Nikmat Jalan Sultanah 

Comments

  1. Antara yang femes untuk makan kat batu Pahat ialah Mee Racun ( Poison Mee ) . Pastikan jangan lupa menu ni kalau ke BP yer

    ReplyDelete
  2. tuan punya blog mungkin terlampau bercitarasa tinggi..saya dah try kebanyakan kedai yg disebut..n tidak lah terlalu teruk spt yg disebut dia atas

    ReplyDelete
  3. hihi saya org Batu Pahat hihi saya pn bercitarasa tinggi mcm saudara hihi semua yg saudara komen memang sama dgn saya...saya tgh mengkaji jg mana makanan yg best nanti sy akak update! sebenarnya harga tidak menjadi ukuran asal makanan lazat dan menepati hihi..

    ReplyDelete
  4. Biar saya tambah sedikit
    untuk sarapan pagi :bolehlah sedap jg..
    1. Nasi lemak di Low Piak
    2. Nasi Goreng/ mihun goreng sedap di sebelah SK Gambut Parit Simen

    Nasi Bariyani yg sedap:
    1.Restoran Bariani Power Taman Soga.
    2. Nasi Bariyani Mohd Shah.

    Asam Pedas Power hihi sy selalu makan kat situ ..
    1. Warung Asam pedas di Teluk Bakung fresh/sedap
    minuman sedapnya air limau /apple asam boi awsome!

    ReplyDelete
  5. selara kita ada perbagai rasa , ada yang suka pedas ada yang suka manis ada yang suka masin . yang penting kualiti makanan yang dihidangkan .

    ReplyDelete
  6. Pada aku, nasi beriani yg best pernah aku makan ada kat muar. Warung kecik je kat Taman Jeram Mulia, Bakri. Tapi kira mcm menu special mingguan la, setiap sabtu je. Nasi lemak kukus dgn ayam goreng dia mmg terbaik. Aku makan sana sekali sebab ada keje kat sana, skrg tiap2 minggu aku pegi sana. Bawak kawan2 jauh dtg drpd perak dan kl, next week diaorg repeat sendiri x ajak aku :(

    Ambik no tel ni 016-6466150, makcik kedai. Pegi test. Aku dah test semua menu dia hahahaha. Roti jala + kari kaki ayam special = SUPERB!

    Jgn terkejut kalau dtg x da tempat duduk dan tgk mcm warung cina sebab cina ramai gile.

    ReplyDelete
  7. Saya nak makna beLangkas kat area batu pahat ade x???

    ReplyDelete
  8. Look at the way my partner Wesley Virgin's biography launches with this SHOCKING AND CONTROVERSIAL video.

    You see, Wesley was in the army-and shortly after leaving-he unveiled hidden, "self mind control" tactics that the CIA and others used to get whatever they want.

    As it turns out, these are the same tactics many famous people (notably those who "come out of nothing") and the greatest business people used to become rich and famous.

    You probably know how you use less than 10% of your brain.

    That's really because most of your brain's power is UNCONSCIOUS.

    Maybe this thought has even occurred INSIDE OF YOUR own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head about 7 years back, while driving a non-registered, garbage bucket of a car with a suspended license and with $3.20 on his banking card.

    "I'm so fed up with going through life check to check! Why can't I turn myself successful?"

    You've been a part of those those thoughts, right?

    Your success story is waiting to start. You just need to take a leap of faith in YOURSELF.

    UNLOCK YOUR SECRET BRAINPOWER

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)

Repair Master Boot Record (MBR) ACER MS Vista OS and Data Recovery