Unit Amanah!... oh!.... Unit Trust! : Adakah Anda Tahu?
Assalamualaikum w.b.t., Adakah anda tahu apa itu Unit Amanah dan bagaimana ianya bekerja untuk anda? Ada rakan-rakan bertanya saya kenapa Unit Amanah yang mereka ada dulu masih tidak memberi untung kepada mereka sedangkan ada orang yang baru setahun masuk sudah buat untung? Jawapan saya mudah sahaja, sila tanya Agen Unit Amanah anda kerana mereka lebih mengetahui portfolio anda. Untuk tidak mengecewakan rakan-rakan, saya cuba jelaskan disini dari pengalaman setahun jagung melabur dalam Unit Amanah. Secara umumnya Unit Amanah ini adalah instrumen pelaburan yang dibenarkan oleh perundangan negara bukan seperti labu peram, masuk RM5 untung RM5000 dan lain-lain. Ianya diurus tadbir dengan profesional oleh badan amanah dari syarikat swasta, badan berkanun atau perbadanan kerajaan. Tujuannya membantu pelabur atau penyimpan untuk menggandakan wang untuk kegunaan masa tua, masa muda atau masa-masa keperluan yang tak menentu disamping merupakan sumber pendapatan kepada perniagaan badan aman...