Unit Amanah!... oh!.... Unit Trust! : Adakah Anda Tahu?

Assalamualaikum w.b.t.,

Adakah anda tahu apa itu Unit Amanah dan bagaimana ianya bekerja untuk anda? Ada rakan-rakan bertanya saya kenapa Unit Amanah yang mereka ada dulu masih tidak memberi untung kepada mereka sedangkan ada orang yang baru setahun masuk sudah buat untung? Jawapan saya mudah sahaja, sila tanya Agen Unit Amanah anda kerana mereka lebih mengetahui portfolio anda.

Untuk tidak mengecewakan rakan-rakan, saya cuba jelaskan disini dari pengalaman setahun jagung melabur dalam Unit Amanah. Secara umumnya Unit Amanah ini adalah instrumen pelaburan yang dibenarkan oleh perundangan negara bukan seperti labu peram, masuk RM5 untung RM5000 dan lain-lain. Ianya diurus tadbir dengan profesional oleh badan amanah dari syarikat swasta, badan berkanun atau perbadanan kerajaan. Tujuannya membantu pelabur atau penyimpan untuk menggandakan wang untuk kegunaan masa tua, masa muda atau masa-masa keperluan yang tak menentu disamping merupakan sumber pendapatan kepada perniagaan badan amanah berkenaan. Contohnya seperti KWSP, LTAT, PNB (ASB, ASN, ASD, dll), Public Mutual, MAAKL dan lain-lain. Amanah Raya atau Suruhanjaya Pilihanraya tidak termasuk dalam kelompok badan yang amanah ini. Apabila melibatkan pelaburan, maka sudah pastilah ada diantaranya dilaburkan ke tempat-tempat yang tidak patuh syariah seperti pusat kasino/perjudian, perbankan riba dan sebagainya. Apabila melabur, sila pastikan ianya patuh syariah supaya hasil yang diperolehi adalah halal. Ingatlah, pelaburan utama kita adalah dunia akhirat. Dunia ini hanya persinggahan sementara kita sebagai seorang manusia.

Bagaimanakah badan-badan Unit Amanah   membuat keuntungan dan memberi pulangan keuntungan kepada kita? Jawapan sempoi adalah dengan melaburkan wang ke bursa-bursa saham dalam negeri atau keluar negara, forex, komoditi, hartanah dan sebagainya. Dana-dana unit amanah ini diuruskan oleh pengurus-pengurus dana yang berpengalaman dalam urusan pelaburan bagi memastikan risiko pelaburan diurus dan dirumus secara berhemah bagi mengelakkan kerugian kepada pelabur dan syarikat.

Mekanisma melabur ada pelbagai bentuk/objektif.dan kos melabur juga pelbagai bergantung kepada Unit Amanah yang dibeli. Ada yang mengenakan caj seperti caj jualan, caj pengurusan tahunan dan caj pengurusan perbelanjaan yang akan diambil dari wang modal pelaburan atau keuntungan pelaburan. Malahan ada juga tidak dikenakan caj seperti ASB/ASN. Pelaburan tanpa risiko seperti ASB tapi untungnya lebih rendah berbanding pelaburan Unit Amanah yang risiko lebih tinggi dikatakan memberikan untung lebih tinggi, tapi jika tidak kena caranyanya, matlamat mendapat untung boleh jadi rugi jika tidak memahami mekanismanya.

Sebelum membeli Unit Amanah yang berisiko tinggi sila fahami dahulu mekanisma pelaburannya. Jika tidak faham, dapatkan panduan dari Agen Unit Amanah yang berkaitan.  Kebiasaannya Agen Unit Amanah akan menasihatkan yang pelaburan dibuat adalah jangka sederhana dan panjang serta mengesyorkan dana-dana yang ditawarkan. Jangka pendek tak ada????  Jawapannya untuk jangka pendek munkin  ada dan juga tidak bergantung kepada situasi semasa dari pengamatan ilmu cetek yang ada. Prinsip yang selalu ditekankan oleh agen unit amanah adalah untuk tidak menyamakan dengan pelaburan di bursa saham. Bagi saya dalam kes ini juga jawapannya ya atau tidak bergantung kepada dana  dan objektif pelaburannya. Mungkin penafsiran disini akan bercanggah sedikit dengan pengamal unit amanah. Untuk memahami secara teori tentang Pelaburan Unit Amanah seperti Public Mutual, MAAKL dan lain-lain saya syorkan buku "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah", Sunthara Segar, PTS Publication. sijadikan rujukan permulaan. Buku ini mengupas dengan mendalam bagaimana membuat pilihan Unit Amanah dan mengenalpasti prestasi mereka. Perspektif yang ditekankan dalam buku ini melihat dari dalam kotak unit amanah itu sendiri. 

Di sini ditunjukkan contoh bagaimana pergerakan Unit Amanah yang dilaburkan dipasaran saham domestik terikat dengan prestasi indeks sebagai contohnya komposit atau emas. Dari mana untungnya dan bagaimana kita boleh mengawasi prestasi pelaburan walaupun Agen Unit Amanah tidak membantu secara sepenuhnya. Ada agen yang sangat profesional dan ada juga yang pasif-agresif bergantung kepada kemahiran dan kefaham mereka dengan apa yang ditawarkan. Anda mesti ingat, apabila melabur dimana-mana instrument pelaburan tidak kira di bursa, pak man telo, unit amanah, labu peram, forex atau sebagainya, risiko pelaburan adalah tanggungjawab anda. Anda berhak untuk membuat keputusan dan sebarang keputusan yang diambil, anda  adalah yang bertanggungjawab sepenuh dengan risiko pelaburan anda

Contoh: Public Mutual Islamic Optimal Growth Fund
Objektif: "To provide income and capital growth by investing in Shariah-compliant stocks which offer attractive dividend yields and growth stocks in the domestic market."

Tarikh Mula / Net Asset Value : 28 April 2008 / RM 0.25

Fees and Charges:
Sales Charge:  5.50%
Anual Management Fees : 1.5%
Management Expenses Ratio (MER) : 1.61%
Redemtion Fee:  None
Switching Fee: RM25 (To Equity/Balanced Fund: NAV + RM25; to Bond Fund: NAV + RM25; to Money Market Funds: at NAV.)
Prestasi dari mula 28 Apr 2008 - 21 Jan 2010 dan 21 Jan 2009 - 21 Jan 2010 ditunjukkan dalam Carta 1 dan Carta 2.


 Carta 1: Prestasi 28/Apr/2008 - 21/Jan/2010


 Carta 2: Prestasi Dari 21/Jan/2009 - 21/Jan/2010

Rumusan dan Perbincangan:

Prestasi keseluruhan pada 21/Jan/2010 bagi pelabur A (PA) yang memulakan pelaburan dalam PIGOF dari 28/April/2008 adalah sebanyak 5.39% dimana pelaburan dalam tempoh 1 tahun 9 bulan. Manakala pada 21/Jan/2010 juga, bagi pelabur B (PB) yang memulakan pelaburan dalam PIGOF bermula 21/Jan/2009 prestasi keseluruhannya adalah 39.41% dalam tempoh 1 tahun. Jadi PA yang lebih untung atau PB? Pada 21/Jan/2010 NAV PIGOF RM 0.2634 (CI-1308) berbanding 28/Apr/2008 (CI-1295). PA, hanya akan ada keuntungan jika CI atau unjuran mata NAV PIGOF di atas garisan hijau yang ditanda dalam Carta 1. Keuntungan pelaburan tidak mengambil kira unit tambahan yang diperolehi dari bonus/dividen tahunan jika ada.

 Manakala bagi PB, akan untung apabila berada di atas garisan "purple" kerana pelaburan dimulakan semasa CI-873. Nilai NAV anggaran pelaburan PB boleh dikira dengan mudah berdasarkan keuntungan yang telah dibuat oleh beliau iaitu:

NAV PB = NAV28Apr2008 - [(Peratus Prestasi PB - Prestasi PA) * NAV28Apr2008]
NAV PB = 25sen - [(39.41%  - 5.39%) * 25sen]  =  16.5sen

Wow!!! dengan kebijaksanaan PB pada 21/Jan/2010 beliau telah untung sebanyak 8.5sen/unit (39.41%). Ini yang dikatakan modal kecil tapi untung besar. Tapi, PA telah melabur semasa permulaan tawaran hanya untung 5%++, okeylah dari rugi banyak untung sedikit pun tidak apa.

Jadi, adakah dalam kes PIGOF ini pelaburan "medium to long term (3-5 tahun)" bagus? 
Pada pandangan saya ya, selagi keuntungan menokok dalam tempoh 2-3 tahun akan datang, tapi kalau indek skomposit (FBMKLCI) runtuh dalam tempoh 2-3 tahun akan datang maka jawapan sudah pasti tidak. Antara kaedah yang selalu kita dengar kaedah mengurangkan risiko pelaburan adalah  konsep "Dollar Cost Averaging" dan "Don't Put Eggs in One Basket" akan diterangkan dalam pos-pos akan datang.

Bagaimana mengawal prestasi, mengurangkan risiko dan masa untuk "exit" mengambil untung?
Jawapan saya, samada anda mengambil keputusan sendiri berdasarkan kefahaman anda dengan Unit Amanah anda atau sewajarnya tanyalah Agen Unit Amanah anda. Mereka sewajarnya boleh memberi "hint" dan pandangan. Namun risiko dari keputusan, anda sendiri yang akan menanggungnya. Terdapat Agen Unit Amanah yang sangat profesional, akan melaporkan prestasi unit amanah dan memberi nasihat yang sangat berguna buat anda. Namun ada juga yang tidak sedemikian. Syor saya, dimasa hadapan, carilah agen lain jika anda tidak berpuas hati dengan agen anda sekarang terutamanya yang tidak mampu memberi penjelasan tentang perjalanan sesuatu Dana Amanah itu. Kerana keputusan pelaburan adalah ditangan anda. Anda berhak menentukan hak anda.

Dalam kes Unit Amanah PIGOF ini, jika kita meneliti (Carta 1 dan 2)  prestasi PIGOF bergerak sejajar dengan FBM-EMAS/KLCI. Kenapa ianya berlaku? Ini adalah kerana dana ini dilaburkan dalam pasaran BSKL dengan matlamat pelaburan mendapatkan keuntungan dari dividen dan pertumbuhan. Sila rujuk objektif pelaburan PIGOF di atas. Oleh itu, pengurus dana juga menggunakan indeks FBMKLCI sebagai panduan mereka disamping, fakta-fakta "fundamental/teknikal" equiti, pergerakan ekonomi dunia dan lain-lain untuk dijadikan panduan pelaburan yang dikelola oleh mereka. Maka bagi kita, apakah panduan yang boleh kita gunakan untuk meneliti pelaburan yang kita buat tidak kira di dalam Unit Amanah, Bursa atau lain-lain?

Tips Melabur Dalam Unit Amanah oleh Pelabur Amatur:
i) (bersambung dalam pos akan datang)

---------
Sebarang komen sangat dialu-alukan, sila isikan diruangkan komen di bawah. Jika tulisan ini  memberi manfaat kepada  dan membantu anda, sila pertimbangkan untuk mendermakan  sedikit wang (RM5.00 atau lebih) ke tabung Porgram Tahfiz Bestari - Akademi Al-Quran Wal Hadith
Hulurkan sumbangan anda ke akaun MAYBANK atas nama:
Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari
No.Akaun: 5122 68 40494 7
Sila Hubungi Us Hj.Mohd Farhan Al Hafiz di Talian
019-2666323 atau email usfarhan@yahoo.com
untuk keterangan lanjut.
Lawati halaman web: http://www.tahfizbestari.com/

Semoga semua sumbangan kita semua dikira sebagai jariah yang memberi pahala yang berpanjangan oleh Allah s.w.t.

Wassalam.
--------------------------------



Comments

  1. I constantly spent my half an hour to read this webpage's articles everyday along with a cup of coffee.

    my weblog: natural cellulite treatment

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Contd' Melaka Coconut Shake, Kuantan Murtabak Mengkasar and Kepala Batas Ikan Bakar

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)