Belanjawan 2012... Errr! Memang Rahsia Besar!!

Assalamualaikum w.b.t.,

Belanjawan 2012 telah dibentangkan oleh PM Malaysia XXX. Alhamdulillah tiada pengecualian cukai tambahan bagi perhiasan-perhiasan mewah termasuk under wear import oleh beliau.

Belanjawan ini juga tiada yang specialnya kepada majoriti rakyat secara umumnya yang akan menghadapi bebanan kos sara hidup yang bakal meningkat selepas pilihan raya ke 13 nanti. Dalam diam tak diam, cukai perkhidmatan telekomunikasi juga telah dikenakan oleh beberapa pengendali sistem telekomunikasi sehingga 6%. Yang ditangguhkan sementara adalah cukai berkaitan dengan pre-paid sahaja.

Dalam belanjawan ini juga kenaikan gaji telah diberikan kepada kakitangan perkhidmatan awam di antara 7%-15% sepertimana yang pernah dikhabar anginkan link di sini, maka benarlah berita itu. Apa pun diucapkan tahniah semoga rezeki tambahan ini akan membawa erti seribu makna untuk berkhidmat dengan tulus, ikhlas dan jujur untuk kesejateraan rakyat.

Agak mengecewakan juga apabila menteri-menteri dan orang besar JPA memperlekehkan kakitangan awam ini dengan mengupas supaya kakitangan awam segera berubah dan berkerja dengan efektif setelah beberapa siri kenaikan gaji telah diberikan oleh kerajaan memerintah, yang dikatakan masih jauh dari efisen. Adakah teruk sangat perkhidmatan kakitangan awam sehingga diwar-warkan dalam media?

Mungkin kita boleh renungi juga, beberapa isu yang berbangkit berhubung pemberian IC kepada pendatang (Sindiket MyKad: 5 soalan untuk KDN), apakah benar cerita ini ?  Pengesahan oleh Kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan *** bahawa warga asing datang berkursus usahawan (Alasan 'kursus usahawan' tak munasabah) apakah benar sedemikian?  Jika benar perkara sebegini berlaku alangkah malang nya Malaysia, dan jadi benarlah perkhidmatan awam masih belum bebas dan efisien. Harap-harap ianya tidak berlaku.

Dalam belanjawan 2012 "RAHSIA BESAR", tiada perubahan kepada sistem percukaian individu. Maknanya berbanding negara jiran kita masih lagi hebat dengan kadar cukai yang tinggi. Pekerja swasta jelas dianak-tirikan. Kenaikan tidak terkawal dan GST pasti membelengu ketat tahun hadapan.

Jadi pekerja swasta perlu menjadi pengerak kepada perubahan. Kita undi untuk berubah. Katakan suara pekerja swasta juga perlu didengar oleh pemerintah. 


"LETS VOTE FOR CHANGE."




Comments

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)

Repair Master Boot Record (MBR) ACER MS Vista OS and Data Recovery