Bonus Tabung Haji 5 peratus
Utusan Malaysia: ARKIB : 04/02/2010 Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my Jamil Khir Baharom (kiri) ketika mengumumkan bonus Tabung Haji sebanyak lima peratus di Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 3 Feb. - Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus pendeposit lima peratus untuk tahun kewangan 2009. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, kadar itu merupakan tambahan 2.75 peratus bagi separuh tahun kedua 2009 kepada bonus interim dengan jumlah anggaran keseluruhan bayaran sebanyak RM1.1 bilion. Pemberian bonus interim bagi separuh tahun pertama pada kadar 2.25 peratus (RM465 juta) dibuat Oktober tahun lalu. "Baki bonus 2.75 peratus (RM595 juta) ini akan dimasukkan ke akaun 5.1 juta pendeposit pada 8 Februari ini. "Sekiranya diteliti kadar bonus ini, jelas ia lebih kompetitif malah jauh lebih baik berbanding kadar simpanan tetap dan tabungan komersial. "Ini kerana Tabung Haji berjaya mengeka...