Apakah harga patut bagi KFIMA persaham??
Assalamualaikum w.b.t,
------------------------
Antara kaunter saham yang mendapat perhatian akhir-akhir ini adalah Kumpulan Fima Berhad. Fima Corporation (FimaCorp) anak syarikat KFIMA juga melapurkan prestasi tahunan kewangan yang sangat baik sekali.
Pendapatan sesaham (EPS) untuk suku ketiga 2009 dilaporkan hari ini adalah 17.65sen. Jika diandaikan, pendapatan harga (PE) pada 10x, maka harga patut sesaham dalam suku ketiga KFIMA adalah RM1.765. Harga sesaham yang diniagakan sekarang adalah pada harga RM0.86.
Dalam jadual di bawah ditunjukkan laporan kewangan KFIMA untuk tempoh 5 tahun yang lalu. Apakah harga sesaham KFIMA boleh melepasi paras RM1.00? Berdasarkan pendapatan sesaham (EPS), unjuran tertinggi harga KFIMA adalah RM0.94 sen dalam tempoh 5 tahun yang lalu.
------------------------
Nota: Maklumat ini sekadar makluman semata-mata dan bukan sebagai suatu galakkan untuk melabur dikaunter ini. Risiko pelaburan adalah tanggungan sendiri pelabur.
Comments
Post a Comment