Posts

Showing posts from December, 2009

Agihan pendapatan, bonus ASB 8.55 sen dan Prestasi ASNB 2009

Image
Prestasi ASNB, sekadar rujukan semata-mata. Lapuran prestasi ini bukanlah galakan untuk melabur atau sebaliknya. Sila teliti dengan kepatuhan syariah dan ijmak ulamak. Melaburlah dengan panduan dan nilailah sendiri. PRESTASI TABUNG ASB Tahun Berakhir 31 Disember 2006 2007 2008 Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 7.30 8.00 7.00 Bonus Seunit (sen) 1.25 1.00 1.75 2009 23 Disember 2009 Pengagihan Pendapatan ASN 5.20 Sen Seunit 14 Disember 2009 ASB Agihkan Pendapatan 7.30 Sen Seunit 20 November 2009 Pengagihan Pendapatan ASN 3 5.50 Sen Seunit 28 Ogos 2009 Peruntukan Langganan AS 1Malaysia Mengikut Kaum Dilanjutkan 19 Julai 2009 Pengagihan Pendapatan ASW2020 6.30 Sen Seunit 31 Julai 2009 Perdana Menteri Lancar AS 1Malaysia 15 Julai 2009 PNB B...

Apakah Jumlah Rebat Zakat Yang Dibenarkan? Selaraskan Cukai, PCB dan zakat anda sekarang

Terdapat beberapa pendekatan yang perlu semasa mengeluarkan zakat, supaya tuntutan semula rebat cukai pendapatan dilakukan tanpa sebarang masalah. Apakah rebat zakat dibenarkan untuk jumlah cukai pendapatan yang dikenakan? Bagaimana memaksimakan cukai pendapatan dilunaskan kepada zakat dengan kaedah pelarasan yang dibuat keatas zakat-zakat lain? Sila fahami kaedah perlaksanaanya supaya dapat memaksimakan zakat berbnding cukai pendapatan. Ianya dijelaskan oleh Pusat Zakat Selangor seperti artikel di bawah. Sila dapatkan nasihat dari amil-amil bertugas supaya anda boleh menuntut rebat zakat semaksima yang boleh. Selaraskan cukai dengan: a) Zakat Pendapatan b) Zakat Wang Simpanan c) Zakat KWSP d) Zakat Pelaburan e) Lain-lain zakat --------------------------------------------------------------- Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid PPZ-Selangor (Salinan Dari) Di dalam mengelolakan ruangan Bicara Zakat di akhbar Utusan Malaysia, antara persoalan yang pernah saya kupas ialah mengena...

Zakat KWSP?

Image
Untuk panduan pengiraan zakat bagi semua jenis zakat, boleh dilayari web Pusat Zakat MAIWP ada kalkulator disediakan atau dalam TEMPLET Taksiran Pendapatan, Cukai dan Zakat  ada diberikan panduan dalam  folder Kadar Haul Zakat. Rujukan:Yang Diperolehi Dari  Pusat Zakat MAIP Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama' Fiqh sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang. Mata wang tersebut telah menggantikan mata wang emas dan perak yang digunakan oleh oran-orang Arab terdahulu dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Mata wang emas dikenali sebagai dinar dan mata wang perak sebagai dirham. Setelah Rasulullah S.A.W diutus menjadi Rasul, maka dinar dan dirham telah diiktiraf sebagai mata wang yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurusniaga. Kewajipan zakat wang simpanan ini bersandarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith Nabi S.A.W. F...

Bah. 3 : "PCP, MP, MA" Perbezaan Cukai Pendapatan Pekerja Swasta dan Awam

Image
Assalamualaikum w.b.t., Sudahkah anda menaksir zakat dan cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2009.  Tahun 2009 sudah berbaki +/-2 minggu (8 hari bekerja). Jika zakat tidak di bayar dalam tahun ini, rebat zakat tidak boleh diambil kira di dalam taksiran cukai pendapatan 2009. Dalam bahagian ketiga ini, contoh pengiraan kasar cukai untuk kakitangan kerajaan diberikan. Namun diharapkan tiada sebarang perkara negatif timbul dari contoh yang diberikan dan semua pihak akan berlapang dada serta perlu sentiasa ingat bahawa semua rezeki datangnya dari Allah s.w.t. Dalam bahagian kedua yang lepas, dibincangkan kaedah mengurangkan cukai yang dikenakan dengan memaksimakan pelepasan perbelanjaan yang dibenarkan dan memaksimakan pembayaran kepada zakat dengan menggunakan nilai yang sama dikenakan oleh cukai pendapatan. [Rujukan semula Bah. 2 KLIK SINI]. Dalah siri yang lalu juga, diberikan contoh pengiraan cukai pendapatan dan zakat Mr. X (Pekerja Swasta) dengan menggunakan TEMPLET tak...

Bah. 2 : "PCP, MP, MA" Mengurangkan Bebanan Cukai, Memaksimakan Perolehan, Meningkatkan Jariah.

Adakah Anda Tahu, Zakat Yang Anda Keluarkan Boleh Dituntut Dari LHDN Menerusi Rebat?  Bagaimanakah mengurangkan bebanan cukai pendapatan? Rujukan lebih lanjut boleh diperolehi di laman LHDN dan pos ini hanya sebagai panduan asas untuk menaksir cukai dan zakat. Dalam [ Templet: Borang Pendapatan 2009 dgn cth-rel2 ] , contoh pengiraan diberikan untuk taksiran cukai dan zakat, mendapati cukai pendapatan lebih tinggi berbanding zakat.  Dalam contoh diberikan ,andaian pendapatan tahunan bercukai 2009 Mr. X adalah RM77,000.00, dengan caruman Peribadi KWSP sebanyak RM6,160.00. Dengan empat (4) orang anak bawah 18 tahun. Cukai pendapatan yang ditaksir beliau RM2,851.00 dan telah membuat potongan cukai (PCBA) RM4,600.00. Andaian juga dibuat berdasarkan Mr. X tiada sumber tambahan yang perlu dikeluarkan zakat  selain penggajian dan taksiran  cukai dibuat secara berasingan dengan isteri. Mr. X  menuntut pelepasan: 1) Derma kepada badan yang dibenarkan (RM2000) - C...

BARU: TEMPLET Taksiran Cukai dan Zakat Rel. 2

Assalamualaikum w.b.t., Templet Taksiran Cukai dan Zakat Rel. 2 yang telah diperbaharui setelah memperbetulkan kesilapan tautan dan pengiraan. Borang ini telah diuji dengan contoh pengisian dan Insyaallah telah bebas kesilapan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi komen dan memberitahu kesilapan yang terdapat pada borang. Sekiranya masih ada "bug", sila maklumkan dengan mengisi komen di bawah. Templet Rel.1 telah dibatalkan dan digantikan dengan Rel.2. [ TEMPLET: Taksiran Cukai dan Zakat Rel. 2 dengan contoh pengisian. ] Semoga bermanfaat. Yang baik adalah dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu dari kelemahan diri ini. Wassalam.

PERHATIAN: Bug Pada Borang Taksiran Percukaian dan Zakat

Assalamualaikum w.b.t., Terdapat dua kesilapan yang dikesan pada borang yang diberikan sebelum ini. Dinasihatkan, untuk menyemak pengiraan pada sel dan dimohon membuat pembetulan. myTERATAK dalam proses membuat simulasi contoh pengiraan cukai dan zakat pendapat berdasarkan borang berkaitan. Kesilapan yang dikenal pasti: 1) Dalam borang zakat: Pengiraan jumlah A5, tertinggal  sel A1. Telah dibetulkan . 2) Dalam borang Pengiraan Cukaian, C1 (pendapatan bercukai) tidak ditautkan dengan betul pada borang Penggajian. Telah dibetulkan . Templet yang telah dikemaskini seperti : Templet . Terima kasih kepada yang memberi komen berhubung perkara ini. Insyaallah simulasi dan contoh percukaian dan zakat akan diberikan sebelum maghrib hari ini dan diharapkan semua kesilapan yang berlaku dapat dikenalpasti. Sila lawati semula untuk Contoh pengiraan. Wassalam.

Bah. 1: Penaksiran Cukai Pendapatan, Memaksimakan Perolehan, Meningkatkan Amalan (PCP, MP, MA)

Assalamualaikum w.b.t. Menggunakan Templet Untuk Menaksir Cukai Pendapatan dan Zakat Tahun  1430H dan 2009M sudah hampir penghujungnya. Bagaimanakah prestasi kerja (BSC-KPI) dan prestasi amalan (BSIC) peribadi kita? Bagaimana pula taksiran zakat dan cukai pendapatan kita? Sudahkah kita memaksimakan perolehan/perbelanjaan kita demi meningkatkan amalan-amalan kita? Adakah kita sedar 1 Muharram 1431H (18 Disember 2009M) tinggal kurang 2 minggu lagi begitu juga 1 Januari 2010 masih berbaki kurang 4 minggu lagi. Oleh itu rasanya ini adalah masa-"time" untuk kita memaksimakan pendapatan kita dengan meningkatkan amalan melalui ibadah zakat dan sadakah jariah demi menambah kantung kita bila dipanggil menghadap Allah s.w.t. kelak. Bagaimana kita boleh memanipulasikan sistem percukaian negara demi meningkatkan amalan kita? Diharapkan pos ini masih belum terlambat digunakan bagi tahun ini, jika terlambat sekurang-kurangnya kita boleh merancang untuk tahun mendatang. Sebagaimana ...