Bah. 1: Penaksiran Cukai Pendapatan, Memaksimakan Perolehan, Meningkatkan Amalan (PCP, MP, MA)

Assalamualaikum w.b.t.

Menggunakan Templet Untuk Menaksir Cukai Pendapatan dan Zakat

Tahun  1430H dan 2009M sudah hampir penghujungnya. Bagaimanakah prestasi kerja (BSC-KPI) dan prestasi amalan (BSIC) peribadi kita? Bagaimana pula taksiran zakat dan cukai pendapatan kita? Sudahkah kita memaksimakan perolehan/perbelanjaan kita demi meningkatkan amalan-amalan kita? Adakah kita sedar 1 Muharram 1431H (18 Disember 2009M) tinggal kurang 2 minggu lagi begitu juga 1 Januari 2010 masih berbaki kurang 4 minggu lagi.

Oleh itu rasanya ini adalah masa-"time" untuk kita memaksimakan pendapatan kita dengan meningkatkan amalan melalui ibadah zakat dan sadakah jariah demi menambah kantung kita bila dipanggil menghadap Allah s.w.t. kelak. Bagaimana kita boleh memanipulasikan sistem percukaian negara demi meningkatkan amalan kita? Diharapkan pos ini masih belum terlambat digunakan bagi tahun ini, jika terlambat sekurang-kurangnya kita boleh merancang untuk tahun mendatang.

Sebagaimana sabda Rasullallah: 
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya”.
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

 [KLIK Untuk Dld: Templet Taksiran Kasar Cukai dan Zakat]

Sebelum diberikan beberapa tip memaksimakan amalan jariah, sila kenal pasti dahulu zakat dan cukai pendapatan yang wajib dan dikenakan terhadap pendapatan dan harta kita melalui  mengisi templet yang diberikan dalam tautan di atas. Sayugia diingatkan ibadah zakat adalah wajib [Rujukan: Ibadah Zakat] / [Kalkulator Zakat Harta MAIWP] dan wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan haulnya.

Dalam templet (*.xls) di atas mengandungi :
1) Borang Penggajian/Pendapatan (Anda boleh tautkan dengan borang BijakBudjet jika perlu)
2) Penggiraan Cukai Pendapatan (taksiran kasar tanpa diambil kira dividen saham-saham)
3) Tax-Pelepasan Persendirian (Maklumat Pelepasan Cukai)
4) Tax-Pelepasan Derma (Maklumat derma-derma yang dibenarkan)
5) Tax-Rebat
6) Maklumat Pengecualian Cukai
7) PTPTN (Maklumat)
8) Pengiraan Zakat Pendapatan
9) Kadar dan Haul Zakat (Maklumat untuk semua kategori zakat)

(Yang penting untuk taksiran adalah borang 1, 2 dan 8. Borang 8 tidak mempunyai link secara  sepenuhnya dengan borang 1 untuk memudahkan manipulasi dibuat. Sebahagian dari borang di atas, disediakan oleh alfaisal dan ditambah nilai oleh myTERATAK).

Secara umumnya terdapat kes-kes:
1) Nisab zakat pendapatan bagi tahun 2009 adalah RM8000.00 (ruj: MAIP).  Zakat dikenakan ke atas pendapatan kasar (kes 1) atau pendapatan bersih (kes 2) rujuk borang 9, apabila melebihi nisab wajib zakat. Jika memerlukan bantuan taksiran boleh ke pusat-pusat zakat atau hubungi mereka untuk mendapat maklumat yang lebih jelas. Borang 8 di atas memberikan panduan kepada anda.
2) Terdapat kebarangkalian dimana anda tidak dikenakan cukai pendapatan tapi cukup nisab wajib  zakat.
3) Terdapat kebarangkalian cukai pendapatan dikenakan lebih rendah dari zakat.
4) Terdapat kebarangkalian cukai pendapatan anda lebih tinggi dari zakat yang dikenakan (Jariah boleh dimaksimakan untuk kes ini).

Dengan mengisi templet borang penggajian, percukaian dan zakat, kita akan mengetahui pencapaian/kedudukan cukai dan zakat; dan ruang yang boleh kita manipulasikan untuk mengurangkan cukai  (TAX) dikenakan, kedudukan zakat (ZAKAT) dan lebihan sebagai jariah (JARIAH).

PERINGATAN: Rebat Zakat dalam Cukai Pendapatan hanya dikira pada tahun taksiran cukai, oleh itu Zakat perlu lunaskan dalam tahun 2009 barulah boleh dituntut dalam Taksiran Cukai Pendapatan 2009.

Dimana:

TAX - ZAKAT = +ve  ianya (JARIAH)
TAX - ZAKAT = -ve  ianya (ZAKAT)

Bersambung:
Bah. 2 :  "PCP, MP, MA" Mengurangkan Bebanan Cukai, Memaksimakan Perolehan, Meningkatkan Jariah.

Bah. 3 :  "PCP, MP, MA" Perbezaan  Cukai Pendapatan Pekerja Swasta dan Awam

Wassalam.
"Jika Bermanafaat, Sila Kunjungi Lagi Di Masa Terdekat Untuk  Seterusnya. Sebarang komen, tambahan maklumat dan sebagainya boleh email ke mryteratak@gmail.com atau pos ke borang komen di bawah. Maklumat ini adalah pandangan peribadi dan sebarang masalah yang timbul akibat tulisan ini, ianya menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri samada dunia-akhirat.  Sila kenal pastikan risiko sebelum mengambil sebarang tindakan. Yang baik dari Allah s.w.t.,  yang buruk datang dari kelemahan penulis".

---
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya :  
"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka."  
(HR Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Comments

  1. Salam Tuan, saya rasa terdapat sedikit kesilapan pengiraan dibawah sheet:"Pengiraan Zakat Pendapat" bahagian A dimana pendapatan kasar tidak dikira pengajian kolum A1. Tq

    ReplyDelete
  2. Waalaikum mussalam w.b.t,

    Terima kasih.

    Alhamdulillah, sudah dibetulkan sila rujuk pos terbaru Rel.2.

    ReplyDelete
  3. It's amazing in favor of me to have a web page, which is useful designed for my know-how. thanks admin

    Here is my homepage garbage disposal troubleshooting

    ReplyDelete
  4. Yes! Finally someone writes about minstrelsy.

    Also visit my website ... pet beds

    ReplyDelete
  5. It's going to be finish of mine day, however before ending I am reading this impressive paragraph to improve my knowledge.

    Feel free to visit my site ... stability ball

    ReplyDelete
  6. My brother suggested I would possibly like this website.
    He used to be totally right. This publish actually
    made my day. You can not imagine simply how a lot time I had spent for
    this information! Thank you!

    Also visit my web site - exercises to improve vertical

    ReplyDelete
  7. I like it when folks come together and share opinions.
    Great site, keep it up!

    Check out my web page :: 2010 mazda rx 8

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Contd' Melaka Coconut Shake, Kuantan Murtabak Mengkasar and Kepala Batas Ikan Bakar

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)