Zakat KWSP?
Untuk panduan pengiraan zakat bagi semua jenis zakat, boleh dilayari web Pusat Zakat MAIWP ada kalkulator disediakan atau dalam TEMPLET Taksiran Pendapatan, Cukai dan Zakat ada diberikan panduan dalam folder Kadar Haul Zakat.
Rujukan:Yang Diperolehi Dari Pusat Zakat MAIP
Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama' Fiqh sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang. Mata wang tersebut telah menggantikan mata wang emas dan perak yang digunakan oleh oran-orang Arab terdahulu dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Mata wang emas dikenali sebagai dinar dan mata wang perak sebagai dirham. Setelah Rasulullah S.A.W diutus menjadi Rasul, maka dinar dan dirham telah diiktiraf sebagai mata wang yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurusniaga. Kewajipan zakat wang simpanan ini bersandarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith Nabi S.A.W.
".....Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (dengan balasan) azab seksa yang tersangat pedihnya. (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan hartabenda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselarkan dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (lalu dikatakan kepada mereka):"Inilah apa yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, oleh itu rasakanlah azab dari) apa yang kamu simpan itu" (At-Taubah: 34-35)
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Tiadalah bagi pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya untuk menunaikan zakat keduanya, melainkan di hari kiamat ia didudukkan di atas pedang batu yang lebar dalam neraka, maka dibakar di dalam neraka jahanam, diselar di pipi, kening dan punggungnya. Setiap kali api itu padam maka dipersiapkan lagi baginya (hal serupa) untuk jangka waktu 50 ribu tahun, sehingga selesai pengadilan semua umat manusia, maka dia melihat jalannya, adakah ke syurga atau neraka". (Riwayat Muslim).
Wang KWSP ialah wang simpanan milik individu yang disimpan dalam KWSP sepanjang tempoh perkhidmatan dan ianya telah mencukupi kesemua syarat-syarat wajib kecuali syarat "Sempurna Milik". Syarat "Sempurna Milik" akan dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan dari KWSP. Pengeluaran boleh dibuat semasa berkhidmat ataupun bersara.
Contoh:
Jumlah pengeluaran = RM 20,000
Zakat = RM 20,000 x 2.5% = RM 500
salam maal hijrah...semoga perubahan yang lebih baik pada masa akan datang untuk tahun ini..
ReplyDeleteSama-sama kita berdoa dan berusaha, insyaallah apa yang diusahakan mendapat pembalasan yang baik dunia dan akhirat.
ReplyDeleteWassalam.