Bah. 2 : "PCP, MP, MA" Mengurangkan Bebanan Cukai, Memaksimakan Perolehan, Meningkatkan Jariah.

Adakah Anda Tahu, Zakat Yang Anda Keluarkan Boleh Dituntut Dari LHDN Menerusi Rebat? 

Bagaimanakah mengurangkan bebanan cukai pendapatan? Rujukan lebih lanjut boleh diperolehi di laman LHDN dan pos ini hanya sebagai panduan asas untuk menaksir cukai dan zakat. Dalam [Templet: Borang Pendapatan 2009 dgn cth-rel2], contoh pengiraan diberikan untuk taksiran cukai dan zakat, mendapati cukai pendapatan lebih tinggi berbanding zakat. 


Dalam contoh diberikan ,andaian pendapatan tahunan bercukai 2009 Mr. X adalah RM77,000.00, dengan caruman Peribadi KWSP sebanyak RM6,160.00. Dengan empat (4) orang anak bawah 18 tahun. Cukai pendapatan yang ditaksir beliau RM2,851.00 dan telah membuat potongan cukai (PCBA) RM4,600.00. Andaian juga dibuat berdasarkan Mr. X tiada sumber tambahan yang perlu dikeluarkan zakat  selain penggajian dan taksiran  cukai dibuat secara berasingan dengan isteri.


Mr. X  menuntut pelepasan:
1) Derma kepada badan yang dibenarkan (RM2000) - Cth. Instrumen wakaf - dapat pelepasan LHDN.

2) Pelepasan maksima ke atas Individu (RM8000), Yuran (RM4500), Buku/Majalah (RM1000), Anak (4xRM1000),  SSPN (RM3000), Alat Sukan (RM300), KWSP/Takaful (RM6000), Takaful Pendidikan/Kesihatan (RM3000), 


Mr. X, bercadang menuntut rebat zakat setelah taksiran kasar dibuat beliau:

Dari taksiran zakat beliau mendapati nilai cukai pendapatan lebih tinggi dari zakat

    Cukai (RM2851.00) > Zakat Pendapatan (RM1471.00 atau RM1925.00)


Jadi Mr. X, bercadang untuk mengeluarkan zakat + jariah = jumlah cukai pendapatan sebelum berakhirnya tahun 2009 untuk melayakkan beliau menuntut bayaran balik menerusi rebat zakat dalam borang e-filing percukaian 2009. Berniat dan berdoa semoga lebihan zakat akan menjadi sedekah jariah yang berpanjangan dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.  Rebat Fi pekerja asing juga boleh dituntut. Sila rujuk [TEMPLET].


Bagaimanakah  Mengurangkan Bebanan Cukai dan Memaksimakan Perolehan Untuk Kepentingan Masa Hadapan?


1) Dalam tips di atas Mr. X telah mencarum ke intrumen yang dibenarkan pelepasannya oleh LHDN seperti Instrumen Takaful (Pendidikan, Keluarga dan Kesihatan), SSPN, membeli bahan bacaan bermutu keluarga dan sebagainya. Adakah belum terlambat untuk mengurangkan bebanan cukai melalui instrumen takaful atau SSPN? Instrumen ini merupakan pelaburan untuk kepentingan masa hadapan melibatkan caruman pendidikan anak-anak, perlindungan dan kesihatan. 


Untuk mendapat rundingcara takaful bagaimana memaksimakan perolehan dengan membuat bayaran tahunan dengan kaedah ansuran bulanan "zero interest", bolehlah dapatkan nasihat dari konsultan takaful saya. Beliau telah mengesyorkan kepada saya tahun lepas kaedah ini. [KLIK SINI] Anda perlu mengenalpasti komitmen dan pastikan ianya tidak membebankan selepas dinasihat oleh mana-mana konsultan takaful. Sedekah jariah menerusi instrumen takaful? Sila dapatkan penjelasan lanjut dari konsultan takaful. Wallah hu 'alam.

Hadis Abu Mas'ud Al-Badri r.a:  
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang muslim itu apabila memberikan nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala darinya, maka nafkahnya itu dikira sebagai sedekah.
[Riwayat Muslim]

2) Instrumen lain yang boleh mengurangkan bebanan cukai adalah sedekah jariah kepada badan-badan amal, wakaf masjid/surau, perubatan ibubapa dan sebagainya yang dibenarkan oleh LHDN rujuk [TEMPLET]. Semoga sedekah jariah dan perbelanjaan dikira sebagai amalan amalan yang mendapat pahala yang berpanjangan. Yang paling penting ikhlaslah kerana Allah s.w.t.  Nas-nas dalam al-Quran berkaitan sedakah [KLIK SINI]. 


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau bersedekah ketika engkau masih sihat dan harta tersebut masih disayangi, engkau bimbang menjadi fakir dan bercita-cita untuk menjadi kaya. Jangan kamu tangguhkannya hingga roh sampai di halkum. Dalam keadaan tersebut barulah engkau berkata: Berikannya kepada Si Polan ini dan Si Polan itu. Sememangnya itu adalah hak Si Polan.
[Riwayat Muslim]


3) Rebat Zakat dan Fi Pekerja Asing adalah dibenarkan berdasarkan jumlah yang dibayar dalam tahun taksiran. Dalam kes zakat dibayar bersamaan dengan jumlah cukai yang ditaksirkan, pembayar terpaksa membuat bayaran terlebih dahulu ("advance"), kemudian boleh menuntut semula dari LHDN pada tahun berikutnya (2010). Untuk kes Mr. X, beliau boleh menuntut cukai terlebih bayar RM1749 dan zakat yang dibayar (rebat) RM2851 yang akhirnya tuntutan semula bersamaan dengan jumlah potongan PCBA.

Kesimpulan

1) Dengan membuat taksiran lebih awal, kita dapat merancang simpanan dan pelaburan untuk masa hadapan.
2) Merancang untuk melaksanakan ibadah zakat dan amalan bersedekah yang sangat dituntut dalam agama islam; dan persediaan pelaburan akhirat kita.
3) Mengurangkan bebanan pembayaran cukai pendapatan dan secara tidak langsung memaksima kepada kepatuhan kepada syariat disamping mengelakkan hasil titik peluh dilaburkan ke tempat-tempat tidak sewajarnya.
4) Memperbetulkan niat menunaikan amalan berzakat yang merupakan Rukun Islam Yang Ke-empat kerana mencari keredhaan Allah s.w.t. dan bukannya kerana "TAX". Nas-nas  tuntunan berzakat dan sedakah banyak diberitakan dalan al-Quran dan al-Hadith.

Daripada Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w sabdanya, tiga perkara yang mengiringi jenazah  ke kubur iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya. 
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Semoga bermanafaat.

(Bersambung.... Bah. 3....)

Comments

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Contd' Melaka Coconut Shake, Kuantan Murtabak Mengkasar and Kepala Batas Ikan Bakar

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)