Bah. 3 : "PCP, MP, MA" Perbezaan Cukai Pendapatan Pekerja Swasta dan Awam

Assalamualaikum w.b.t.,

Sudahkah anda menaksir zakat dan cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2009.  Tahun 2009 sudah berbaki +/-2 minggu (8 hari bekerja). Jika zakat tidak di bayar dalam tahun ini, rebat zakat tidak boleh diambil kira di dalam taksiran cukai pendapatan 2009. Dalam bahagian ketiga ini, contoh pengiraan kasar cukai untuk kakitangan kerajaan diberikan. Namun diharapkan tiada sebarang perkara negatif timbul dari contoh yang diberikan dan semua pihak akan berlapang dada serta perlu sentiasa ingat bahawa semua rezeki datangnya dari Allah s.w.t.

Dalam bahagian kedua yang lepas, dibincangkan kaedah mengurangkan cukai yang dikenakan dengan memaksimakan pelepasan perbelanjaan yang dibenarkan dan memaksimakan pembayaran kepada zakat dengan menggunakan nilai yang sama dikenakan oleh cukai pendapatan. [Rujukan semula Bah. 2 KLIK SINI].

Dalah siri yang lalu juga, diberikan contoh pengiraan cukai pendapatan dan zakat Mr. X (Pekerja Swasta) dengan menggunakan TEMPLET taksiran kasar yang diberikan [KLIK SINI]. Dari pengiraan tersebut beliau telah memohon pelepasan cukai yang dibenarkan ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh beliau dalam tahun taksiran tersebut. 

Hasil pengiraan yang dibuat ke atas pendapatan 2009 sebanyak RM 77,000.00 cukai yang ditaksirkan (RM2851.00)  dan Zakat Pendapatan (RM1471.00 atau RM1925.00). Beliau telah membuat pembayaran kepada pusat zakat sebanyak RM2851 iaitu sama dengan nilai cukai dan akan menuntut semula  cukai terlebih bayar pada tahun akan datang seperti mana yang ditaksir beliau RM4600.00 setelah nilai zakat yang  dibayar dimasukkan ke dalam borang taksiran seperti di atas.

Mr. X



Antara perkara-perkara/perbelanjaan yang mendapat pelepasan cukai:
a) Peralatan sukan RM 300.00 (kategori yang dibenarkan klik sini)
b) Buku dan Majalah RM 1,000.00 (Samada menggunakan sendiri atau jadikan hadiah kahwin, harijadi dsb)
c) Insurans/takaful/KWSP RM 6,000.00 
d) Insurans/takaful kesihatan/pendidikan RM 3,000.00
e) PTPTN/SSPN RM 3,000.00
f) Yuran pengajian yang dibenarkan RM 5,000.00
g) Derma-derma ke badan-badan yang dibenarkan Jumlah Mengikut Bil/Resit.
h) Perubatan  Ibu/Bapa RM 5,000.00
i) Lain-lain pelepasan sila rujuk templet.

Bagaimana Pula Taksiran Untuk Kakitangan Kerajaan?

Apakah ada perbezaan taksiran cukai antara kakitangan kerajaan berbanding dengan pekerja swasta?

Jawapannya tidak. Kaedah taksiran adalah sama, yang berbeza adalah nilai pendapatan bercukai adalah berbeza. Bagi kakitangan kerajaan, pendapatan adalah gaji campur dengan elaun kerajaan dimana, dari tinjauan dibuat jumlah elaun ini kira-kira 30% hingga lebih 50%. bergantung kepada gred dan  kelayakkan Elaun-elaun kerajaan adalah dikecualikan cukai dari maklumat yang saya perolehi berbanding pekerja swasta semua elaun dikira di dalam pendapatan bercukai.

Untuk Mr. W (Kakitangan Awam) yang berpendapatan tahunan sama dengan Mr. X iaitu sebanyak RM 77,000.00; pendapatan yang dikenakan cukai Mr. W adalah 30% lebih rendah dari Mr. X kerana elaun-elaun tidak dikenakan cukai. Dalam taksiran ini, anggaran elaun hanya berdasarkan imbuhan tetap perumahan dan keraian/EKA.

Di mana dalam taksiran  pendapat dicukai adalah sebanyak:
RM 77,000 - 30% = RM 57,900.00

Jadi diandaikan, Mr. W juga menolak pelepasan yang sama dengan Mr. X. Perbezaan Mr. W mengambil nilai insurans/takaful keluarga maksima pelepasan RM6,000.00 untuk menggantikan pemotongan KWSP yang tidak dikenakan kepada kakitangan awam, jumlah pendapatan bercukai dan cukai yang dikenakan adalah seperti di bawah.

Mr. W







Perbandingan Taksiran Cukai Yang Dikenakan Antara Kakitangan Awam dan Swasta:
(Perbezaan ini benar apabila elaun dikecualikan cukai dari pendapatan bercukai sebanyak 30%.









Kesimpulan:

Sehubungan itu taksiran awal adalah sangat penting bagi menentukan sejauh mana "saving" dan memaksimakan pengurangan pendapatan  bercukai berdasarkan pelepasan yang dibenarkan. Sebagai contohnya bagi pekerja swasta dalam kes ini, dengan mengambil skim takaful/kwsp untuk pelepasan maksima RM6000, "saving" yang dibuat adalah sebanyak 13% x RM6000.00 = RM780.00 disamping takaful/kwsp adalah skim pelaburan/perlindungan untuk masa hadapan kita. Begitu juga jika kadar cukai yang dikenakan 24% maka "saving" juga akan meningkat secara analoginya. Adakah kita masih berpeluang untuk memaksimakan pengurangan cukai menerusi skim takaful dalam tempoh yang singkat ini?  Saya tidak pasti tapi, sila hubungi konsultan takaful anda atau [KLIK SINI - mungkin kaedah zero interest boleh membantu].

Bagi kakitangan Awam  dalam kes ini, atau swasta yang pendapatan bercukai kurang dari RM35,000.00 adalah layak untuk memohon rebat peribadi sebanyak RM400.

Rancanglah zakat anda berdasarkan jumlah cukai pendapatan. Maksimakan Pembayaran Zakat dan  Sadakah menerusi cukai pendapatan. Dan berdoa kepada Allah s.w.t semoga lebihan zakat yang dibayar menjadi sadakah jariah yang berpanjangan pahalanya. Sebagaimana firman Allah s.w.t dengan maksud:
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 276

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 268

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 265

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Jadikan perancangan cukai pendapatan, zakat dan sedakah jariah sebahagian dari perancangan kewangan anda.

Semoga bermanfaat.

Wassalam.

Comments

  1. Salam,

    Saya ini bertanya berkenaan dengan pelepasan cukai bagi takaful, memandangkan ada dua kategori pelepasan :
    c) Insurans/takaful/KWSP RM 6,000.00
    d) Insurans/takaful kesihatan/pendidikan RM 3,000.00

    Cth: Pelan Takaful myMedicare dan mySinar, Manakah kategori bagi pelan ini ?

    Terima Kasih kerana membantu,

    ReplyDelete
  2. Mohon maaf kerana tersangat lewat membalas.

    Jika kategori kesihatan seperti medicare/sihat ianya di bawah perkara d), begitu juga jika berkaitan pendidikan/siswa/sarjana.

    Jika ianya seperti life insurans/famili/keluarga ianya di bawah kategori c). Namun sayugia diingatkan caruman peribadi KWSP juga di bawah kategori ini.

    Wallah hu' alam.

    mylifeinvest

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya ingin bertanya berkenaan dengan pelepasan cukai bagi kakitangan kerajaan (dalam skim pencen) yang ingin melabur dalam KWSP.

    Adakah beliau diberi pelepasan cukai RM6000 (maksimum)?

    Terima Kasih kerana membantu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Contd' Melaka Coconut Shake, Kuantan Murtabak Mengkasar and Kepala Batas Ikan Bakar

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)