Posts

Showing posts from November, 2009

Melangsai Hutang atau Melabur, Apa Pilihan Kita?

Assalamualaikum w.b.t., Kehidupan dengan hutang sudah menjadi cukup sinonim dikalangan  kita. Masuk universiti sekarang hutang PTPTN, JPA, MARA, BANK dan sebagainya. Beli rumah dan kereta bagi sebilangan besar kita terpaksa berhutang lagi. Nak sambut raya, hutang lagi dengan kad kredit. Nak bayar hutang pun adakalanya terpaksa hutang lagi, ada hutang dengan kad kredit lain malahan ada yang hutang dengan ALONG (bijak matematik, Bijak! Bijak!), dan nak melabur pun bank-bank buat tawaran pinjaman ASB malahan pinjaman untuk Sijil Simpanan Premium pun ada. Adoiiii, hidup dipenuhi dengan hutang. Antara hutang yang paling mudah diperolehi dan paling mahal RIBAnya adalah hutang kad kredit konvensional 18-21% setahun. Sekarang ini kad kredit dengan pendekatan Islam pun sudah ada, namun berapa pula akad keuntungannya? Fakta-fakta berkaitan hutang yang dilaporkan: Utusan Malaysia (2/11/2009) Mengikut statistik Bank Negara Malaysia pada bulan Ogos 2009, pinjaman peribadi rakyat Malays...

Pelaburan Emas Adakah Halal dan Benar-Benar Menguntungkan?????

Image
Assalamualaikum w.b.t., Antara pelaburan yang mendapat perhatian sejak matawang dunia dan dolar US tmenjadi tidak menentu sekarang ini adalah pelaburan emas. Emas dikatakan stabil dan bebas inflasi. Apakah ianya benar-benar menguntungkan? Dalam mengejar keuntungan dengan pelaburan  emas, bagaimana pula kehalalannya dari perspektif syariah? Kini terdapat pelbagai alternatif pelaburan emas yang ditawarkan seperti Gold Saving Passbook Saving (GSPA), Kijang Emas, Dinar Emas, dan pelbagai bentuk emas fizikal yang lain. Pelaburan Ikan Emas belum ada lagi.  Sistem jual-beli emas fizikal ini sebahagiannya juga melibatkan agen-agen jualan seperti instrumen kewangan yang lain . Saya bukanlah orang yang arif tentang kaedah pelaburan ini. Namun untuk rujukan lanjut dan panduan pelaburan emas bolehlah lawati TAUTAN INI (KLIK SINI) atau lain-lain rujukan yang boleh dicari melalui google, yahoo dan sebagainya. FAKTOR SYARIAH YANG PERLU DITELITI ADALAH: 1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKT...

Pendapatan, Mengawal Perbelanjaan, Mengenalpasti Keperluan

Assalamualaikum w.b.t., Ramai dikalangan kita menghadapi sedikit kecelaruan mengurus perbelanjaan harian. Selalu kita kedengaran keluhan rakan-rakan dengan pendapatan yang tidak mencukupi malah selalu sahaja berlaku defisit belanjawaan. Kerajaan Malaysia juga menyebut dalam pembentangan Budget 2010, negara mengalami defisit 7.++% dan dijangkakan akan meningkat lagi dalam tahun 2010. Apa itu defisit belanjawaan? Defisit belanjawaan bermakna kita membelanjakan melebihi dari pendapatan kita. Bagi negara, mereka tidak bermasalah macam mana hendak menangani permasalahan ini kerana mereka mempunyai ramai pakar-pakar ekonomi. Bagaimana pula dengan kita? Sebagai contohnya pada tahun ini, selepas menyambut hari raya puasa, saya juga mengalami defisit sebulan pendapatan. Wah! ini sudah cukup besar. Dimana defisit perbelanjaan telah menjangkau 8.33%. Macam mana perkara ini boleh terjadi. Pada pandangan saya, sesiapapun boleh mengalami perkara ini jika tidak berjaya mengawal perbelanjaan bul...

Pelaburan Hebat Bulan Zulhijjah - Siapa Mahu Ambil Peluang!

Image
Bulan Zulhijjah akan menjelma dua-tiga hari lagi. Rebutlah pelaburan yang tiada tolok bandingnya dijanjikan untuk kita bagi bekalan akhirat kita. Adakah ibadah haji di makkah? Sudah pasti yea untuk mereka yang menjadi tetamu Allah s.w.t., tetapi bagi kita yang masih belum berpeluang untuk mengerjakan haji, jangan bersedih, insyaallah satu masa nanti Allah s.w.t. akan menjemput kita ke sana juga. Nabi s.a.w.bersabda : “Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini, iaitu sepuluh hari Zulhijjah. Para sahabat Baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.” (H.r. Bukhari). Apakah pelaburan itu? Pelaburan 1: Kos Percuma. (Pada 9 Zulhijjah / 26 November) Puasa sunat yang sangat dianjurkan untuk dikerjakan dalam bulan ini ialah puasa sunat...

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Rujukan dipetik dari laman AKPK, untuk rujukan dan memahaminya. Sesiapa yang menghadapai masalah kewangan (hutang seperti hutang along), lemah dalam pengurusan kewangan dan ingin mendapat maklumat demi maklumat berkaitan pengurusan kewangan boleh merujuk terus kepada AKPK. Di sini sedikit panduan untuk kita bersama, moga Allah s.w.t. melindungi kita dan menjadikan kita antara mereka-mereka yang mengenal erti pengurusan kewangan bagi kepentingan dunia dan akhirat. Amin. Untuk muat turun buku panduan Celik Wang Anda Dari AKPK disini (klik) .... AKPK atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit merupakan ebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia yang menyediakan perkhidmatan berikut:- Perkhidmatan pengurusan kewangan dan kaunseling kredit, Penstrukturan pinjaman pendidikan kewangan yang bermasalah, Pendidikan kewangan AKPK ditubuhkan dengan tujuan:- menyediakan saluran kepada orang ramai supaya mereka mampu menguruskan perbelanjaan dengan berhemah dan teratur melal...

INSIDER MOVES IN FBM-KLCI

DJI menokok 203+ mata semalam, apakah "bull rally" didepan sekarang??? Maklumat di bawah diperolehi dari blog money talk tentang pergerakan dana tempatan dalam pasaran KLCI. Wajarkah aku bersama-sama mengambil peluang ini? Buy Low, Sell High? Sekarang ini harga berbaloi kah???  Pesanan tok nenek, buat keputusan dengan mata hati dipandu oleh akal yang waras. Semua kaunter yang aku "reserve" sebelum ini sudah gerak, antaranya FABER, MASTEEL dll .... tak ambil peluang sebab takut berumah ditepi pantai.., "Trade at you own risk!!!!! " INSIDER MOVES Stock       Done     Volume     Amount (RM)     Date Purchas e 6769 KELADI   _  0.30?? (believe actual 0.155-0.16)   _  4,000,000  _   1,200,000          05/11/2009 0128 FRONTKN _ 0.25  _  199,000    _    49,750    ...

Adakah Selama Ini Kita Ditipu Oleh Pekedai???

The Star: Monday November 9, 2009 Merchants can’t impose fees on users of credit cards PETALING JAYA: Credit-card users who are told to pay extra if they use their cards instead of cash should be aware that merchants are not allowed to impose merchant fees on users as stipulated in the card associations’ operating regulations. “Under the Bank Negara credit-card guidelines, banks are required to display prominently on the credit-card application forms their fees and charges table,” said Association of Banks in Malaysia (ABM) executive director Chuah Mei Lin. “Banks are also required to print on the monthly billing statements to credit-card holders information on the various charges imposed on the oustanding balances and method of computation of such charges.’’ A comparison of rates charged by banks can be obtained from the bankinginfo.com website. RHB Bank head of retail banking, Renzo Viegas, said banks would act on complaints from cardholders on “unacceptable practices b...

Apakah antara pelaburan penting untuk persediaan kita?

Ar-Rasul S.A.W bersabda: “...apabila mati seorang anak Adam itu, maka terputuslah amalannya melainkan daripada 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya”. (Riwayat Muslim). Ringkasan utama disini: 1) Amalan - semasa hidup???? 2) Sadakah jariah yang berkekalan? Wakaf? 3) Ilmu yang bermanfaat yang diajarkan?? 4) Anak soleh yang mendoakannya?? Jadi jelaslah perkara 2-3 merupakan aset pelaburan yang berkembang selepas mati kita (persinggahan di alam barzakh) dan boleh menyediakan simpanan berkeuntungan yang lebih baik untuk menempah hisab di akhirat kelak. Ini bermakna hidup kita ini penuh dengan unsur-unsur penilaian prestasi yang mungkin kita lupa untuk kita kejar dari tahun ke tahun. Dalam kerja kita selalu dengar istilah KPI, KRA dan BSC. Apakah kita juga terlupa tentang BSIC (Balance Score Islamic Card) yang melibatkan keseluruhan kemaslahatan hidup kita? KPI (Key Performance Indicator) selalunya dinilai untuk prestasi tahunan dan...