Pendapatan, Mengawal Perbelanjaan, Mengenalpasti Keperluan

Assalamualaikum w.b.t.,

Ramai dikalangan kita menghadapi sedikit kecelaruan mengurus perbelanjaan harian. Selalu kita kedengaran keluhan rakan-rakan dengan pendapatan yang tidak mencukupi malah selalu sahaja berlaku defisit belanjawaan. Kerajaan Malaysia juga menyebut dalam pembentangan Budget 2010, negara mengalami defisit 7.++% dan dijangkakan akan meningkat lagi dalam tahun 2010.

Apa itu defisit belanjawaan? Defisit belanjawaan bermakna kita membelanjakan melebihi dari pendapatan kita. Bagi negara, mereka tidak bermasalah macam mana hendak menangani permasalahan ini kerana mereka mempunyai ramai pakar-pakar ekonomi.

Bagaimana pula dengan kita? Sebagai contohnya pada tahun ini, selepas menyambut hari raya puasa, saya juga mengalami defisit sebulan pendapatan. Wah! ini sudah cukup besar. Dimana defisit perbelanjaan telah menjangkau 8.33%. Macam mana perkara ini boleh terjadi. Pada pandangan saya, sesiapapun boleh mengalami perkara ini jika tidak berjaya mengawal perbelanjaan bulanan dan tidak bersedia untuk menabung serba sedikit sepanjang 10 bulan yang lalu. Apakah defisit ini akan membesar apabila penghujung tahun ini dengan anak-anak akan masuk sekolah semula ditambahkan lagi dengan pertambahan anak ke sekolah tadika? Jawapannya sudah pasti.

Kenapa boleh jadi sedemikian? Setelah menilai perbelanjaan yang tidak terkawal ini, saya mendapati kesannya adalah dari peningkatan kos sara hidup yang meningkat dalam 20-30% pada tahun ini. Antara impaknya adalah dari kenaikan kos pembaikpulihan kereta, perbelanjaan rumah, kos perbelanjaan harian dan sebagainya. Bagaimana pula jika tahun depan harga minyak naik lagi? Sedangkan kebanyakkan kita tiada kenaikan gaji tahunan kerana inflasi. Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapapun tidak kira besar atau kecil pendapatannya, sebagaimana kata orang dahulu, "Besar Periuk, Besarlah Keraknya". Tapi orang sekarang kata pula, "Pakai Dapur Karan, Mana Ada Keraknya?".

Dalam pencarian kaedah terbaik untuk merekod perbelanjaan bulanan, mengawal defisit dan meneliti peluang untuk menabung seterusnya melaburkannya, maka saya telah berkenalan dengan satu borang aplikasi dalam format excel yang dikenali dengan nama  bijak budget. Aplikasi ini pada pandangan saya boleh membantu kita terutamanya bagi mereka-mereka yang baru bekerja, baru ingin mula mengawal perbelanjaan dan termasuk juga yang tersasar dari budget 2009 rasanya boleh menggunakan sebagai panduan. Tanpa merekod, kita tidak dapat mengenal pasti perbelanjaan tahunan yang semakin meningkat atau "adhoc spending".

Pada pandangan saya, aplikasi bijak budget mungkin tidak sebaik aplikasi-aplikasi yang lain. Namun yang baiknya ianya adalah PERCUMA, malahan sebenarnya kita sendiri pun boleh membuat aplikasi mudah seperti ini. Tetapi untuk memulakan sesuatu tidak mudah, jadi saya syorkan, cubalah aplikasi bijak budget ini dan buat pengubahsuaian mengikut kesesuaian kita.

Kenalpasti keperluan, mengawal perbelanjaan dan menilai tabungan.

"FAIL TO PLAN, PLAN TO FAIL"
Untuk muat turun aplikasi percuma ini ... (Sila klik Bijak Budget oleh bijakbudget8m.com). Terima kasih diucapkan kepada team BijakBudget yang telah berusaha menyediakan aplikasi ini.

Kepada mereka-mereka yang menghadapi masalah tidak dapat membayar hutang dan kewangan, sila rujuk post saya sebelum ini mengenai "Apa itu AKPK".

Wassalam.

Comments

  1. ini adalah bagus untuk mereka2 yang bermasaalah dalam kewangan.

    ReplyDelete
  2. Semoga ianya bermanafaat kepada yang memerlukan. Terima kasih juga kepada Team Bijak Budget.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Contd' Melaka Coconut Shake, Kuantan Murtabak Mengkasar and Kepala Batas Ikan Bakar

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)