Apakah antara pelaburan penting untuk persediaan kita?

Ar-Rasul S.A.W bersabda:
“...apabila mati seorang anak Adam itu, maka terputuslah amalannya melainkan daripada 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya”. (Riwayat Muslim).

Ringkasan utama disini:

1) Amalan - semasa hidup????
2) Sadakah jariah yang berkekalan? Wakaf?
3) Ilmu yang bermanfaat yang diajarkan??
4) Anak soleh yang mendoakannya??

Jadi jelaslah perkara 2-3 merupakan aset pelaburan yang berkembang selepas mati kita (persinggahan di alam barzakh) dan boleh menyediakan simpanan berkeuntungan yang lebih baik untuk menempah hisab di akhirat kelak.

Ini bermakna hidup kita ini penuh dengan unsur-unsur penilaian prestasi yang mungkin kita lupa untuk kita kejar dari tahun ke tahun. Dalam kerja kita selalu dengar istilah KPI, KRA dan BSC. Apakah kita juga terlupa tentang BSIC (Balance Score Islamic Card) yang melibatkan keseluruhan kemaslahatan hidup kita? KPI (Key Performance Indicator) selalunya dinilai untuk prestasi tahunan dan mendapat ganjaran dari tahun ke tahun juga. Bagaimana pula KPAI (Key Performance "Amalan " Card), apakah mula dimerit setelah kita menghadapi Mungkar dan Nakir a.s? Tepuk dada, tanya diri...

Bicara akan datang - "Penaksiran Cukai Pendapatan, Memaksimakan Perolehan"

Wallah hu 'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Contd' Melaka Coconut Shake, Kuantan Murtabak Mengkasar and Kepala Batas Ikan Bakar

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)