Melangsai Hutang atau Melabur, Apa Pilihan Kita?
Assalamualaikum w.b.t.,
Fakta-fakta berkaitan hutang yang dilaporkan:
Utusan Malaysia
Bank Negara Malaysia
PTPTN
DR. SHAIFUL ANNUAR KHALID, UITM (Dalam Utusan 17/11/2009)
BERNAMA
Wah! hutang kad kredit yang tidak terkawal boleh membawa padah.
Mengguna Kad Kredit Secara Bijak
Sama-samalah kita berdoa semoga kita dijauhkan Allah s.w.t. dari hutang yang membelenggu kehidupan. Amin.
Apa pun, "Melangsai Hutang atau Melabur", ianya adalah pilihan kita. Wallah hu 'alam.
Wassalam.
Kehidupan dengan hutang sudah menjadi cukup sinonim dikalangan kita. Masuk universiti sekarang hutang PTPTN, JPA, MARA, BANK dan sebagainya. Beli rumah dan kereta bagi sebilangan besar kita terpaksa berhutang lagi. Nak sambut raya, hutang lagi dengan kad kredit. Nak bayar hutang pun adakalanya terpaksa hutang lagi, ada hutang dengan kad kredit lain malahan ada yang hutang dengan ALONG (bijak matematik, Bijak! Bijak!), dan nak melabur pun bank-bank buat tawaran pinjaman ASB malahan pinjaman untuk Sijil Simpanan Premium pun ada. Adoiiii, hidup dipenuhi dengan hutang. Antara hutang yang paling mudah diperolehi dan paling mahal RIBAnya adalah hutang kad kredit konvensional 18-21% setahun. Sekarang ini kad kredit dengan pendekatan Islam pun sudah ada, namun berapa pula akad keuntungannya?
Fakta-fakta berkaitan hutang yang dilaporkan:
Utusan Malaysia
(2/11/2009)
Mengikut statistik Bank Negara Malaysia pada bulan Ogos 2009, pinjaman peribadi rakyat Malaysia dalam sistem perbankan berjumlah RM5.215 bilion berbanding RM4.106 bilion pada bulan yang sama, 2008.
(9/11/2009)
AKHBAR ini pada 9 November lalu melaporkan, seramai 35,000 pengguna menanggung hutang bernilai RM1.9 bilion telah mengikuti program pengurusan kredit di bawah Agensi Kaunseling and Pengurusan Kredit (AKPK) sehingga Oktober 2009.
Sebahagian besar daripada 1.2 juta penjawat awam menghadapi masalah hutang. Ada yang potongan gaji mereka sehingga 60 peratus. Yang tinggal di bandar besar terpaksa berhutang kerana peningkatan kos sara hidup dan bukannya kerana tidak mahir mengurus kewangan.
---Bank Negara Malaysia
Perangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan sehingga Mac, 2009 lalu, secara keseluruhannya pemegang kad kredit menanggung tunggakan kad kredit berjumlah RM24.4 bilion.
Data BNM mendedahkan bahawa jumlah individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2008 adalah sebanyak 13,907 kes yang berpunca daripada kegagalan membayar hutang kad kredit, pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman pendidikan dan tunggakan hutang bank.
---PTPTN
kegagalan sebilangan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman mengikut perjanjian. Sehingga Oktober 2008, terdapat sejumlah 18,532 kes kegagalan pembayaran balik PTPTN yang dirujuk ke mahkamah.
----DR. SHAIFUL ANNUAR KHALID, UITM (Dalam Utusan 17/11/2009)
Ada yang berhutang kerana ia adalah jalan keluar terakhir. Ramai yang tersepit akibat dibuang kerja, kematian pencari nafkah atau masalah kesihatan. Namun, peribahasa Melayu seperti "hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula" memang memberikan gambaran sebenar sebahagian atau segelintir masyarakat pengguna hari ini.
Masalah kewangan juga dilaporkan sebagai satu daripada punca penceraian. Statistik menunjukkan terdapat sejumlah 75,299 kes cerai di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya. Keruntuhan keluarga seterusnya boleh menyumbang kepada masalah akhlak dan disiplin remaja seperti dibuang sekolah, merempit, penyalahgunaan dadah, seks bebas dan sebagainya.
-----BERNAMA
Sedutan: HUTANG KAD KREDIT TIDAK KRITIKAL - NAJIB (Betul Tu Dato' Seri !!!!)
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata sehingga akhir Ogos lepas, jumlah hutang terkumpul kad kredit hanya merangkumi 3.4 peratus daripada jumlah pembiayaan keseluruhan institusi perbankan.
"Tahap pinjaman tak berbayar kad kredit juga masih terkawal dan telah menurun kepada 2.4 peratus daripada jumlah hutang kad kredit pada akhir Ogos 2009 berbanding 16.1 peratus pada 1998 (ketika krisis kewangan serantau)," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Abu Bakar Taib (BN-Langkawi) pada persidangan Dewan Rakyat Khamis.
Abu Bakar dalam soalannya mahu tahu bilangan kad kredit yang telah dikeluarkan oleh bank-bank konvensional dan Perbankan Islam dan sama ada ia ditahap yang membimbangkan dengan keadaan ekonomi negara sekarang.
---KUALA LUMPUR, 22 Okt 2009 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hutang penggunaan kad kredit di negara ini tidak berada pada tahap kritikal walaupun penggunaannya sebagai instrumen pembayaran semakin meningkat.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata sehingga akhir Ogos lepas, jumlah hutang terkumpul kad kredit hanya merangkumi 3.4 peratus daripada jumlah pembiayaan keseluruhan institusi perbankan.
"Tahap pinjaman tak berbayar kad kredit juga masih terkawal dan telah menurun kepada 2.4 peratus daripada jumlah hutang kad kredit pada akhir Ogos 2009 berbanding 16.1 peratus pada 1998 (ketika krisis kewangan serantau)," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Abu Bakar Taib (BN-Langkawi) pada persidangan Dewan Rakyat Khamis.
Abu Bakar dalam soalannya mahu tahu bilangan kad kredit yang telah dikeluarkan oleh bank-bank konvensional dan Perbankan Islam dan sama ada ia ditahap yang membimbangkan dengan keadaan ekonomi negara sekarang.
Wah! hutang kad kredit yang tidak terkawal boleh membawa padah.
Perkara-Perkara Asas Mengenai Kad Kredit
(Rujukan dari SimpanDuit)
(Rujukan dari SimpanDuit)
Untuk melangsai hutang kad kredit, memang tiada jalan lain untuk anda selesaikannya melainkan anda membayar balik apa yang sudah terhutang. Sebelum merangka plan atau strategi untuk menyelesaikan kad kredit, anda perlu sedar beberapa perkara mengenai kad kredit.
- Secara kasar, interest kad kredit 1.5% sebulan atau kadar APR 18% - 21% setahun.
- Tempoh Tanpa Interest (Interest-Free Period) biasanya 20 hari dari Tarikh Penyata Bil Bulanan
- Caj pengeluaran tunai biasanya 5% atau minima RM 50 (yang mana lebih tinggi) bagi setiap kali pengeluaran dibuat (tidak termasuk caj faedah bulanan)
- Caj RM 5 atau 1%-3% (yang mana lebih tinggi) dari bayaran minima bulanan untuk setiap kad bagi pembayaran lambat (Late Payment Interest)
- Pada sesetengah bank, jika anda gagal membuat pembayaran pada bulan tersebut, caj tambahan RM50 akan dikenakan ke atas baki hutang kad kredit.
- Apabila anda gagal membayar kad kredit anda selama 1-2 bulan, ia sudah pun dimasukkan ke dalam rekod kredit anda di Bank Negara Malaysia (Laporan CCRIS).
- Pada mulanya, anda berjanji akan membayar sepenuhnya barang yang dibeli melalui kad kredit, tetapi cuma bayar sebahagian kecil sahaja apabila penyata diterima.
- Kad kredit anda sudah penuh atau over-limit.
- Anda cuma bayar 'minimum payment' setiap bulan
- Anda gagal membuat bayaran 1-2 bulan (bayaran tertunggak) à masuk rekod kredit CCRIS
- Anda selalu membuat pengeluaran tunai dari kad kredit.
- Anda berhutang pada 2-3 kad kredit, atau lebih.
- Anda disenarai-hitam oleh institusi perbankan atau dihadapkan ke mahkamah kerana gagal membayar hutang kad kredit anda.
~ Hadis Sahih Muslim : Usamah bin Zaid r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya riba itu bisa terjadi pada jual beli secara hutang (kredit)."~
Pendekatan Yang Boleh Diambil Untuk Melangsaikan Hutang Kad Kredit
- Kenal pasti semua hutang yang ada dan membuat senarai serta kenal pasti belanjawan yang sangat-sangat diperlukan. Boleh guna aplikasi BijakBudget seperti dalam "post" sebelum ini.
- Jika ada simpanan dalam tabung haji atau pelaburan dalam ASB dan sebagainya, gunakan sepenuhnya untuk membayar hutang kad kredit berkenaan. Rasionalnya, keuntungan pelaburan secara umumnya dalam ASB ~7%, Tabung Haji ~8%, simpanan ~2-4% berbanding interest kad kredit 18% setahun. Interest lebih tinggi dari keuntungan pelaburan. Lupakan pelaburan buat sementara waktu.
- Gunakan pendapatan tambahan seperti bonus, ex-gratia, imbuhan, wang ehsan untuk melunaskan hutang.
- Elakkan menambah hutang baru yang tidak diperlukan.
- Amalkan pembayaran penuh dan bayar sebelum tempoh matang untuk mengelakkan caj lewat bayar.
- Dapatkan khidmat AKPK (rujuk post sebelum ini) pendekatan lain menstruktur semula hutang seperti "refinance" rumah untuk melunaskan hutang kad kredit atau hutan pinjaman peribadi lain yang tinggi interestnya.
Mengguna Kad Kredit Secara Bijak
- Menggunakan kad kredit sebagai kemudahan untuk pembayaran bukan membeli berhutang.
- Amalkan pembayaran penuh dan bayar sebelum tempoh matang untuk mengelakkan caj lewat bayar.
- Menggunakan kaedah EZ-Pay atau zero interest untuk tempoh singkat dengan syarat anda mampu dan tiada defisit belanjawan akan berlaku pada bulan-bulan yang akan datang. Di samping anda mempunyai tabungan untuk kes "emergency" atau "ad-hoc spending". Perancangan perbelanjaan tahunan (bajet) boleh membantu keperluan anda.
- Mendapat pulangan dalam bentuk hadiah pertukaran dengan "treat point" atau sebagainya.
- Memohon pengecualian yuran tahunan, ada pengeluar kad percuma sepanjang hayat dan ada yang perlu menelefon untuk mendapat pengecualian seperti Maybank.
- Jadikan diri anda menggunakan kad untuk membeli, bukannya kad menggunakan anda untuk membeli berhutang.
- Jangan menggunakan kad kredit di premis-premis yang mengenakan caj tambahan penggunaan kad kredit. Sepatutnya tiada caj dikenakan (rujuk post sebelum ini).
- Menggunakan kad kredit untuk membayar premium tahunan takaful dengan zero-interest bayaran dalam tempoh 12 bulan, ini saya gunakan untuk meningkatkan pelaburan jangka panjang setelah dinasihat oleh konsultan takaful saya (Untuk mendapat maklumat lanjut sila hubungi beliau- klik sini). Namun sila pastikan kadar premium mengikut kemampuan, jauhi defisit belanjawan, jangan berhutang. Kaedah ini baik untuk saya, tidak semestinya baik untuk anda. Kenal pasti kemampuan anda.
- Apabila menggunakan kad untuk urusan penjalanan rasmi kerja atau sebagainya. Pastikan anda ada "back up fund". Ramai di antara kita terperangkap disebabkan tuntutan perjalanan lambat diperolehi dan hanya boleh dibayar selepas tempoh matang penyata kad. Jika ini berlaku, "back up fund" boleh digunakan untuk mengelakkan pelbagai caj yang dikenakan. Biasanya majikan tidak akan menanggung kos tambahan disebabkan caj-caj berkaitan.
- Pastikan ianya "Syariah Compliant", samada kad nya atau kaedah akadnya. Bila tak berhutang perkara ini tak terpakai.
- Mengelakkan defisit belanjawan melalui perbelanjaan yang terkawal dan tidak mengikut nafsu.
- Mengenalpasti kemampuan kewangan dan mengelakkan hutang yang tidak perlu
- Menjejaki perbelanjaan anda dan "adhoc spending", memudahkan tindakan diambil
- Membantu meningkatkan tabungan
- Membuka ruang untuk pelaburan.
- Masukkan dalam perancangan "budget" untuk menabung, tidak banyak, sedikit patutnya kena ada juga. Tidak ratusan, puluhan atau ringgit-ringgit sekurang-kurangnya ada. Masa kecil-kecil dulu kita diajar menabung oleh ibu-bapa kita. Baki belanja sekolah 10 sen, 20 sen dsb, masuk tabung. Kita patut juga mendidik anak-anak kita perkara yang sama.
- Rezeki yang tidak tentu seperti bonus, wang ehsan, ex-gratia, imbuhan dan sebagainya seboleh-bolehnya ditabungkan sepenuhnya. Langit tidak selalunya cerah, awan mendung berarak lalu... sediakan payung sebelum hujan.
- "Recycle" kan bahan-bahan buangan seperti "Paper Lama", "Bateri Lama", besi alat gantian kereta yang rosak, botol-botol plastik, pakaian / peralatan yang masih baik tidak digunakan boleh di "Car Boot Sale" kan dan sebagainya. Seposen, dua posen tak menarik bagi kita, berikan kepada anak-anak untuk mereka tabungkan.
- Bila ada "surplus!!" dalam belanjawan, bolehlah menabung di instrumen yang memberi pulangan baik dan cepat capai seperti ASB (sila semak kepatuhan syariah, ada percanggahan ulama' disini), Tabung Haji dan sebagainya (instrumen lain akan dibincangkan kelak jika diizinkan Allah s.w.t.).
"Allahumma inni a'udzubika' min 'adzabil qabri, wa a'udzu bika min fitnatil masihid dajjaal, wa a'udzu bika min fitnatil mahyaa wa fitnaatil mamati, Allahumma inni a'udzu bika minal ma'tsam wal maghram." (Wahai, Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari bencana kehidupan dan dari bencana kematian. Wahai, Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari segala dosa dan bencana hutang). Seseorang bertanya, "Mengapa sering benar Tuan meminta perlindungan dari bencana hutang?" Jawab Nabi, "Sesungguhnya apabila seseorang telah berhutang, biasanya apabila dia berkata dia dusta. Dan apabila dia berjanji dia mungkir."
(Hadis Sahih Bukhari)Sama-samalah kita berdoa semoga kita dijauhkan Allah s.w.t. dari hutang yang membelenggu kehidupan. Amin.
Apa pun, "Melangsai Hutang atau Melabur", ianya adalah pilihan kita. Wallah hu 'alam.
Wassalam.
"Tulisan ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan bukan jalan penyelesaian secara mutlak. Panduan yang diberikan bertujuan membuka minda kita untuk merancang serta menjauhi dan mengelakkan hutang yang tidak perlu. Sebarang pandangan dan cadangan sila beri komen anda di borang komen di bawah atau emailkan ke mryteratak@gmail.com. Semoga bermanafaat. Insyaallah"
salam ziarah.
ReplyDeletepernah tak buat analisa prestasi tahunan public mutual utk islamic fund?
ie. analisa prestasi tahunan semenjak dana itu dilancarkan sehingga terkini ataupun yearly fund performance.
saya lihat link tersebut dah tersedia dalam blog ini.
Waalaikum mus'salam w.b.t.,
ReplyDeleteSetakat ini saya belum sempat untuk menilai prestasi semua fund. Dalam portfolio, masih ada optimal growth beli sebelum ekonomi merundum semasa indeks 1200++, sekarang ni KLCI pada 1270++ mungkin baru surplus sedikit sahaja.
Apa pandangan puan dengan situasi sekarang? Ada cadangan fund yang baik dan masih belum perform? Saya berminat dengan semua instrumen pelaburan janji ianya halal dan berisiko rendah.
Wassalam.
cuba buat analisa melalui fund performance chart untuk public mutual.
ReplyDelete1. berapa peratus total returns profit utk 3 tahun kebelakangan ni (2007, 2008, 2009)
2. analisa yearly 1 year, 3 years, 5 years & 10 years, dll
ie.
Public Islamic Dividend Fund,
Public Islamic Equity Fund,
Public Islamic Select Enterprises Fund,
PB Islamic Equity Fund
kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tanya kat agen public mutual fund yg berdekatan.
just my 10 cents opinion.
Lagi satu.
ReplyDeletekalau anda ahli koperasi bank rakyat, pulangan pelaburan tahunannya kira2 15% setahun.
dan kalau anda sudah jadi ahli koperasi tersebut melebihi 10 tahun, pulangan pelaburannya sehingga 20% setahun.
malangnya, pembelian saham koperasi ini hanya dibuka kepada ahli koperasi bank rakyat sahaja.
anda mungkin berminat membaca buku ini:
ReplyDeleteRahsia Melabur Dalam Unit Amanah oleh Sunthara Segar
Salam Cik Aidura, terima kasih kerana mencadangkan buku saya. Saya sudah menulis 6 buku semuanya berkaitan kewangan peribadi.Boleh di Preview di Google Books :
ReplyDeletewww.suntharasegar.com/buku/cara-beli-buku.html
Sunthara 0178719444
www.suntharasegar.com
What's up to all, it's actually a pleasant for me to pay a quick visit this web page,
ReplyDeleteit consists of priceless Information.
Feel free to visit my site ... atkin s diet
I really like your blog.. very nice colors
ReplyDelete& theme. Did you design this website yourself or did you hire someone to
do it for you? Plz answer back as I'm looking to create my own blog and would like to know where u got this from. thanks
Also visit my blog: paleo ernährung
my web page: paläoernährung
Unquestionably believe that which you stated. Your favorite reason appeared to
ReplyDeletebe on the web the simplest thing to be aware of. I say to you, I certainly get
annoyed while people consider worries that they plainly do
not know about. You managed to hit the nail upon the top as well as defined out the whole thing without having side-effects ,
people can take a signal. Will likely be back to get
more. Thanks
my web page :: acoustic guitar chords for beginners