Pelaburan Hebat Bulan Zulhijjah - Siapa Mahu Ambil Peluang!

Bulan Zulhijjah akan menjelma dua-tiga hari lagi. Rebutlah pelaburan yang tiada tolok bandingnya dijanjikan untuk kita bagi bekalan akhirat kita. Adakah ibadah haji di makkah? Sudah pasti yea untuk mereka yang menjadi tetamu Allah s.w.t., tetapi bagi kita yang masih belum berpeluang untuk mengerjakan haji, jangan bersedih, insyaallah satu masa nanti Allah s.w.t. akan menjemput kita ke sana juga.

Nabi s.a.w.bersabda :
“Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini, iaitu sepuluh hari Zulhijjah.
Para sahabat Baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga
dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.”
(H.r. Bukhari).

Apakah pelaburan itu?

Pelaburan 1: Kos Percuma. (Pada 9 Zulhijjah / 26 November)

Puasa sunat yang sangat dianjurkan untuk dikerjakan dalam bulan ini ialah puasa sunat hari Arafah. Hari Arafah ialah hari ke-9 Zulhijah, iaitu saat dan ketikanya jamaah haji yang berada di tanah suci, Makah wukuf di Padang Arafah.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Maka jawab Rasulullah, maksudnya:
“Dikifarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”
(H.r. Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan baihaqi).

Pelaburan 2: Kos Percuma ( 1 - 13  Zulhijjah / 18 - 30 November)

Umat Islam dianjurkan supaya menghidupkan malam-malam 1 hingga 13 Zulhijjah dengan memperbanyakkan
amal ibadah seperti solat, zikir, membaca Al-Quran dan sebagainya. Ini sejajar dengan sabda Baginda Nabi

S.A.W yang bermaksud: ”Barangsiapa yang menghidupkan empat malam, maka wajiblah dia memperolehi syurga; iaitu Malam Tarwiyah (pada 8 Zulhijjah), Malam Arafah (pada 9 Zulhijjah), Malam Nahar (pada
malam 10 Zulhijjah) dan Malam Aidil Fitri (pada malam 1 Syawal)”.
(HR Ibnu ‘Asakir dari Muaz R.A).

Pelaburan 3: Kos Percuma ( 10 - 13  Zulhijjah / 27 - 30 November)

Bertakbir, bertasbih dan bertahmid untuk membesarkan kemahaagungan Allah S.W.T yang mencipta alam semesta dan manusia.


Pelaburan 4: Kos Antara RM200 - RM2400.00++ ( 10 - 13  Zulhijjah / 27 - 30 November)

Sunat menyembelih binatang ternak untuk dikorbankan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bagi umat Islam yang berkemampuan.

Di Malaysia, sebahagian atau seekor Lembu RM270.00-RM400.00 atau RM2400.00++; Kambing RM350-700. Sila hubungi surau dan masjid kawasan masing-masing jika masih ada, jika tidak berkorbanlah dengan bantuan badan-badan di bawah. Insyaallah masih ada ruang dan lebih fleksibel.

Jika mahu membuat korban di negara-negara miskin yang  diuruskan seperti oleh (klik untuk menempah atau maklumat):
a) al-Ameen Serve - di Kemboja (http://secure.alameenserve.com/korbanaqiqah/)
a1) EZQURBAN (http://www.ezqurban.org/bm.htm)
b) Darul Fuqaha (http://www.darulfuqaha.com/)
c) Yayasan Amal Malaysia (email/tel:  Suhazeli Abdullah 019-9563653 mailto:amalterengganu@yahoo.com
d) Global Peace Malaysia (http://www.gpm.com.my/)
b) Islamic Relief Malaysia (http://www.irm.org.my/portal/)


Address:
31-7, Jalan SP2/1,Taman Serdang Perdana,
43300 Seri Kembangan.
Selangor. Malaysia
Email: info@irm.org.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Telephone:
+603-8948-6334
Fax:
+603-8948-7339

Amalan korban dan ibadah korban ini tidak ada di bulan yang lain. Ia merupakan pengorbanan dari segi harta benda untuk mencapai darjat hamba Allah yang bertaqwa, sebagaimana Allah S.W.T menyatakan perintah
berkorban ini di dalam Al-Quran firman-Nya:

Maksudnya:”Tidaklah daging da g i n g ( u n t a  y a ng disembelih/dikorbankan itu) dan darah-darahnya (yang mengalir itu) dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi ketaqwaan (dalam hati) kamulah yang dapat
mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu (dapat pula) mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat kebaikan”. (S. Al-Hajj, ayat: 37).

"JOM KITA REBUT PELUANG YANG MASIH ADA UNTUK TAHUN 1430H"
"IKHLASLAH KERANA ALLAH S.W.T"

Rujukan dari terbitan Shautul Amal.

Comments

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Contd' Melaka Coconut Shake, Kuantan Murtabak Mengkasar and Kepala Batas Ikan Bakar

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)