Pelaburan Emas Adakah Halal dan Benar-Benar Menguntungkan?????
Assalamualaikum w.b.t.,
Antara pelaburan yang mendapat perhatian sejak matawang dunia dan dolar US tmenjadi tidak menentu sekarang ini adalah pelaburan emas. Emas dikatakan stabil dan bebas inflasi. Apakah ianya benar-benar menguntungkan? Dalam mengejar keuntungan dengan pelaburan emas, bagaimana pula kehalalannya dari perspektif syariah?
Kini terdapat pelbagai alternatif pelaburan emas yang ditawarkan seperti Gold Saving Passbook Saving (GSPA), Kijang Emas, Dinar Emas, dan pelbagai bentuk emas fizikal yang lain. Pelaburan Ikan Emas belum ada lagi. Sistem jual-beli emas fizikal ini sebahagiannya juga melibatkan agen-agen jualan seperti instrumen kewangan yang lain .
Saya bukanlah orang yang arif tentang kaedah pelaburan ini. Namun untuk rujukan lanjut dan panduan pelaburan emas bolehlah lawati TAUTAN INI (KLIK SINI) atau lain-lain rujukan yang boleh dicari melalui google, yahoo dan sebagainya.
FAKTOR SYARIAH YANG PERLU DITELITI ADALAH:
1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA
2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI
3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL
4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT (BILA CUKUP HAUL)
(Sila rujuk laman Ust. Zaharuddin)
Secara umumnya transaksi mestilah bersandarkan emas fizikal.
Percubaan pelaburan pertama bermula dengan GSPA Maybank dengan pembelian minima 5g emas. Maybank menyandarkan pembelian dengan emas fizikal. Namun pembeli dimestikan membuka akaun GSPA di Cawangan Maybank dan semua urusniaga mesti dilakukan di kaunter. Apakah ada urusniaga emas secara atas talian?
Hasil percubaan melabur setelah dua++ bulan, harga belian RM119/gram, harga jualan sekarang RM121.67 (19/11/2009) peningkatan sebanyak 2.24%. Jika dirujuk carta pasaran emas seperti di lajur kanan menunjukkan "trend" kenaikan harga walaupun terdapat turun naik harga dalam tempoh jangka pendek. Apakah "trend" ini berterusan? Di bawah menunjukkan "trend" 1 dan 5 tahun harga emas dunia. Dalam tahun 2008 menunjukkan terdapat kejatuhan harga emas yang agak besar iaitu berada di bawah paras $750/t.oz, malahan ada ahli ekonomi menjangkakan pasaran akan meningkat ke paras $1500/t.oz pada masa akan datang. Apakah ianya akan berlaku? Wallah hu 'alam.
Analisa ringkas ini bukanlah satu galakan atau cadangan untuk melabur dengan membeli emas. Ianya sekadar pandangan peribadi semata-mata. Sebarang keputusan untuk melabur adalah risiko sendiri dan sila pastikan semua pelaburan adalah halal serta menepati kehendak Islam (Syariah Compliant). Untung di dunia tidak bermakna jika muflis pula di akhirat. Keredhaan Allah s.w.t adalah matlamat utama kita.
Ada emas kuning, emas putih dan yang kerap memeningkan kita di Malaysia adalah asas emas hitam.
Sekiranya anda ada pandangan lain, boleh majukan cadangan atau komen ke mryteratak@gmail.com atau isikan borang komen di bawah.
Wassalam.
Salam Saudara..
ReplyDeleteEmas memang satu pelaburan yang bijak. Cuma saya kesal dengan sesetengah pihak yang tidak faham dan memandang serong terhadap badan2 atau ejen yang menjalankan perniagaan jual beli emas fizikal walaupun ianya adalah secara sah. Terima kasih..
http://www.youtube.com/watch?v=zZ4PH_WZTpc
DeleteAssalamualaikum w.b.t.,
ReplyDeleteSaya bersetuju jika dikatakan emas itu lebih stabil dan salah satu kaedah pelaburan yang baik untuk jangkamasa panjang jika mudah untuk dijualkan balik. Namun komoditi lain juga, bila ada permintaan yang tinggi berbanding pengeluaran, juga akan meningkat harganya. Terutamanya makanan asas.
Salah tanggap sesetengah pihak ini disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh sebahagian badan-badan atau ejen-ejen yang hanya menjelaskan yang baik semata-mata disamping mendesak pelanggan untuk mengambil pakej yang ditawarkan. Ini berlaku bukan sahaja kepada komoditi emas malahan Takaful, Unit Amanah, Wasiat dan sebagainya juga mengalami perkara yang sama. Disamping itu, pelanggan tidak dijelaskan dengan risiko-risiko yang ada dan persaingan tidak sihat antara satu agen dengan agen yang lain menyebabkan pelanggan menyisihkan diri mereka. Setiap perkara ada risikonya hanya kecil atau besar sahaja yang berbeza.
Jika penjelasan yang sebenarnya diberikan dan pelanggan memahami dengan mendalam risiko yang ada, saya yakin mereka akan mendekati instrumen yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Wassalam
ia memang pelaburan yg bijak..tetapi bagi mereka yg beragama Islam..setakat ini mungkin ada sedikit keraguan / syubhat keatasnya. Ini saya simpulkan selepas membaca artikel ustaz zaharuddin dan soal jawab di JAKIM.
ReplyDeleteYup! Ada yang ada keraguan. Dari semakan saya, ianya perlukan sandaran kepada fizikal emas. Harga pasaran berubah2 bergantung kepada permintaan.
ReplyDeleteApa pun jika ragu-ragu tinggalkan, buat apabila anda pasti tentangnya.
Wassalam
KAMI (EMAS RAKYAT) SEDANG MENCARI RAKAN KONGSI UNTUK MENJAYAKAN PERNIAGAAN EMAS YANG BOLEH DIKENALI OLEH ORANG RAMAI ATAU MENYUSUN SEMULA DENGAN LEBIH EFEKTIF. UNTUK PERTAYAAN SILA HUBUNGI 012-6981832. RM3K SUDAH MENCUKUPI.. (pencarian ini sah sehingga 30/04/2010) http://tuahgold2.weebly.com
ReplyDelete