Agihan pendapatan, bonus ASB 8.55 sen dan Prestasi ASNB 2009

Prestasi ASNB, sekadar rujukan semata-mata. Lapuran prestasi ini bukanlah galakan untuk melabur atau sebaliknya. Sila teliti dengan kepatuhan syariah dan ijmak ulamak. Melaburlah dengan panduan dan nilailah sendiri.

PRESTASI TABUNG ASB
Tahun Berakhir 31 Disember
2006
2007
2008
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen)
7.30
8.00
7.00
Bonus Seunit (sen)
1.25
1.00
1.75

 -----
ARKIB Utusan Malaysia: 15/12/2009










Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Hamad Kama Piah Che Othman menunjukkan jumlah agihan pendapatan dan bonus ASB di Kuala Lumpur, semalam.











KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seramai 6.78 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal mendapat agihan pendapatan sebanyak 7.30 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2009.
Jumlah agihan pendapatan itu meningkat daripada 7.00 sen seunit pada tahun lalu.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, peruntukan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM4.95 bilion, peningkatan sebanyak 19.56 peratus berbanding RM4.14 bilion pada tahun sebelumnya.
Peruntukan bagi pembayaran bonus pula melibatkan sejumlah RM537.65 juta oleh PNB.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman prestasi ASB di sini, hari ini.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah agihan pendapatan itu adalah kompetitif meskipun ia mampu membuat agihan sebanyak 11 peratus.
Jelas berkata, pelabur tidak boleh membandingkan secara kolektif jumlah agihan pendapatan dan bonus tahun lalu masing-masing sebanyak 7.00 dan 1.75 sen seunit, sebaliknya perlu melihat prestasi dana ASB sendiri.
Mengulas lanjut, Hamad Kama Piah menjelaskan, dalam situasi semasa adalah tidak adil sekiranya para pelabur mengharapkan jumlah agihan yang tinggi.
"Biarpun ramai yang tidak suka cara saya membuat perbandingan, tetapi hakikatnya pulangan yang kita berikan adalah lebih baik daripada simpanan.
"Saya membuat perbandingan sedemikian kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, para pelabur boleh mengeluarkan pelaburan mereka pada bila-bila masa, sama seperti bank.
"PNB memberi agihan 7.30 sen seunit sedangkan kalau kita menyimpan hanya memperoleh 1.7 atau 1.8 peratus sahaja, beza lebih lima peratus," ujarnya.
Ditanya mengapa perlunya PNB menyimpan rizab bagi dana-dananya, Hamad Kama Piah menjelaskan: "Ia adalah pendekatan PNB untuk membolehkan kita menambah pelaburan bagi memperoleh pulangan lebih baik pada masa akan datang".
Ahmad Sarji menambah, sehingga 10 Disember lalu, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM5.46 bilion, naik 3.4 peratus berbanding RM5.28 bilion pada 2008.
Syarikat-syarikat pelaburan menyumbang sebanyak RM1.48 bilion atau 27 peratus daripada jumlah pendapatan kasar manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang sebanyak RM3.67 bilion.
Pendapatan selebihnya yang berjumlah RM309 juta diperoleh melalui pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.
Ahmad Sarji berkata, pengiraan pengagihan pendapatan itu adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2009.
Sementara pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2000 hingga 2009.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang saham dan urusan mengemas kini mulai 4 Januari 2010.
Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan ejen-ejen di seluruh negara akan ditangguhkan bermula 21 Disember ini hingga 3 Januari 2010 bagi tujuan pengiraan pengagihan.
Add to Google  

Comments

  1. agak2 kalau ada Rm100,000.00 berapa bonus dan agihan pendapatan (dividen)?

    Saya perhatikan ASB ni ada magik sikit, kalau kita tinggalkan duit antara RM10 dan RM15, kita boleh dapat bonus Rm240.00 heran kan? atau sekurang2anya >RM100 bonus kita. Kalau tak percaya cuba buat.Saya dah praktis sejak 10 tahun lepas, tinggalkan Rm10 atau lebih sikit pada bulan januari untuk dapat bonus paling maksima.

    Tapi kalau duit ada Rm5000 belum tentu dapat RM500 pun bonus nya. saya nak tengok bonus tahun ni berapa agaknya...

    ReplyDelete
  2. Setahu saya kaedah pembahagian:

    Dividen:

    Purata bulanan minima; [(MINJan + MINFeb +....+ MINDec)/12]*7.3%
    ---------------------

    Bonus Purata Minima Bulanan untuk 10 tahun (2000-2009):

    Campurkan jumlah minima bulanan dari tahun 2000-2009 / (120bulan) * 1.25%.
    ---------------------

    Tiada magiknya, jika tuan tahun 2009 dahulu ada ASB minima RM100000, walaupun sekarang tuan tak ada simpanan langsun, tuan masih berpeluang dapat bonus selagi ASB tuan tidak ditutup.

    Itu dari pemerhatian saya.

    Wallah hu 'alam.

    ReplyDelete
  3. Tentang peluang dapat bonus walau pun tak ada pelaburan tambahan , itu memang betul tak ada masalah.

    Cuma berbeza antara orang yg ada simpanan
    Rm10,000 dari awal tahun (2009) hingga akhir tahun 2009 dengan orang yg ada sepuluh ringgit sahaja.

    kalau ada sepuuluh ringgit anda berpeluang dapat bonus + dividen melebihi rm200.Tetapi jika anda ada Rm10k (sepuluh ribu ringgit),jumlah bonus = dividen tak sampai RM2000.

    contoh sebenar dr ASB ibu saya:
    14/01/2008 baki buku ialah RM190.14
    10/3/2008 keluar RM170.00 baki tinggal Rm20.14
    pendapatan ASB RM3.39
    Bonus ASB 2008 RM242.94
    Baki pada 20/3/2009 =RM266.47
    (jumlah pada 10/3/2008 + pendapatan asb 2008 + bonus 2008)

    ReplyDelete
  4. Cuba kita bandingkan kiraan ini, jika untuk tahun 2009 (berdasarkan kefahaman saya):

    Dividen (7.3%):
    Jika minima bulanan dari januari - disember 2009:
    a) RM10,000 : RM10,000 x 7.3% = RM730.00
    b) RM10.00 : RM10.00 x 7.3% = RM 0.73

    Bonus (1.25% untuk 10 tahun):
    Kes ini, purata setahun bonus dengan syarat minima bulanan Jan-Disember(1.25%/10 = 0.125%) untuk 2009 sahaja.
    a) RM10,000 : RM10,000 x 0.125% = RM12.50
    b) RM 10.00 : RM10.00 x 0.125% = RM 0.0125

    Untuk Dividen + Bonus (hanya untuk 2009 sahaja)
    a)RM730 + RM12.50 = RM742.50
    b)RM0.73 + RM0.0125 = RM0.7425

    Baik, berbalik kepada Tuan Pemerhati kenapa bonus + dividen lebih RM200 ibu tuan pada tahun 2008 adalah datangnya dari purata bulanan minima bagi bonus dari tahun-tahun sebelumnya yang jumlah minima untuk tempoh 9 tahun lagi yang jumlahnya mungkin sangat besar. Jika kita menabung dalam ASB untuk baru tempoh 2 tahun dan jumlah tabungan bulanan minima secara meningkat sebagai contohnya, bonus yang diperolehi adalah sangat kecil berbanding yang telah menyimpan untuk tempoh yang lama.

    KUNCI kepada ASB adalah JUMLAH PURATA BULANAN MINIMA. Sebagai contohnya jika pada 1 jan 2009 dalam tabung ASB ada RM10.00 dan pada 31 Jan 2009 dalam tabung ASB ada RM10,000 maka jumlah minima bulan Jan 2009 adalah RM10.00.

    Wassalam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Adakah Anda Tahu Apa Itu AKPK?

Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2022, e-FIling Cukai 2023 (Dikemaskini 20/DEC/2022)

Repair Master Boot Record (MBR) ACER MS Vista OS and Data Recovery